Aqidah Ahlusunnah wal jama'ah

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Syair, Nyanyian (al-Ghina’) dan alat-alat Muzik (al-Ma’azif)

ويطلق الغناء (بالمد والكسر): على الترنم الذي تسميه العرب (النصب) بفتح النون وسكون المهملة

Terjemahan: Disebut al-ghina’ (dengan memanjangkan huruf nuun dan mengkasrahkan huruf ghain) adalah menyanyi dengan susunan irama/intonasi yang dinyaringkan (disebut an-Nashab) oleh orang ‘Arab. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Di dalam Lisanul ‘Arab pula disebutkan:

أن الغناء هو كل من رفع صوته ووالاه، فصوته عند العرب غناء. والغناء من الصوت ماطرّب به

Terjemahan: Bahawasanya al-ghinaa’ (nyanyian) ia adalah sesiapa sahaja yang mengeraskan suaranya dan meninggikannya (menyaringkannya). Suaranya tersebut menurut orang ‘Arab disebut sebagai nyanyian (al-ghinaa’). Dan nyanyian adalah suara yang memiliki dendangan irama. (Lisanul ‘Arab, 15/135)

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menyebutkan:

الغناء هو رفع الصوت بالكلام الموزون المطرب المصاحب بالآلات غالباً، وعلى هذا فإن المتصوفة وأهل الغناء متفقون على الظاهر ، غير أنهم يختلفون من جهة الباطن، وهو كون سماع الغناء عند المتصوفة يكون بطريقة التعبد والتقرب إلى الله تعالى

وعلى هذا فإن الغناء المعروف عند العرب، ورفع الصوت وموالاته مع شيء من التطريب والتلحين ولم يكن معروفاً بضرب الكف أو القضيب أو غيرها من الآلات

Terjemahan: Nyanyian (al-Ghinaa’) adalah mengangkat suara dengan melantunkan kata-kata yang tersusun rapi serta berirama yang biasanya diringi dengan alat-alat muzik. Oleh sebab itu kaum sufi dan para pemuzik sepakat akan maksudnya secara zahir dan berselisih (berbeza pendapat) berkenaan isinya (kandungan nyanyian). Mendengar muzik bagi kaum sufi adalah merupakan salah satu cara beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.

Berdasarkan keadaan ini, nyanyian yang dikenali dari kalangan orang-orang ‘Arab adalah mengangkat suara dan meninggikannya (menyaringkannya) dengan disertai lenggok irama dan intonasi seni suara. Pada awalnya tidak diikuti dengan tepukan tangan atau pukulan gendang atau alat-alat muzik lainnya. (Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 4)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

فأما الأشعار التي ينشدها المغنون المتهيئون للغناء يصفون فيها المستحسنات والخمر وغير ذلك مما يحرك الطباع ويخرجها عن الاعتدال ويثير كامنها من حب اللهو وهو الغناء المعروف في هذا الزمان مثل قول الشاعر

ذهبي اللون تحسب من وجنته النار تقتدح

خوفوني من فضيحته ليته وافى وأفتضح

وقد أخرجوا لهذه الأغاني ألحانا مختلفة كلها تخرج سامعها عن حيز الاعتدال وتثير حب اللهو ولهم شيء يسمونه ( البسيط ) يزعج القلوب عن مهل ثم يأتون بالنشيد بعده فيعجعج القلوب وقد أضافوا إلى ذلك ضرب القضيب والإيقاع به على وفق الإنشاد والدف بالجلاجل والشبابة النائبة عن الزمر

Terjemahan: Adapun syair-syair yang dilantunkan oleh para penyanyi yang sememangnya memiliki kebolehan untuk bernyanyi dengan lirik-lirik yang menggambarkan pelbagai kemaksiatan, minuman keras (khamr), dan selainnya yang dapat menggerakkan jiwa dan mengeluarkannya dari keadaan yang sepatutnya, malah dapat membangkitkan kesenangan kepada nyanyian yang terpendam, yang terkenal diketahui di zaman sekarang ini dengan istilah lagu (al-ghina’), sebagaimana ungkapan yang dikenali daripada seorang penya’ir:

(khamr) berwarna kuning keemasan, engkau menganggap api keluar dari tepinya,

Mereka menakut-nakutkanku dari celanya, tapi sekiranya ia benar, biarkan sahaja aibku terpampang jelas.

Untuk menghiasi lagu-lagu seperti itu, mereka menciptakan irama dan nada-nada yang pelbagai ragam. Kesemuanya mengeluarkan para pendengarnya dari keadaan yang sepatutnya yang membangkitkan perasaan naluri cinta. Mereka memperkenalkan irama yang mereka sebut sebagai irama balada, yang dapat membangkitkan hati melalui nadanya yang perlahan, lalu kemudian mereka mengumandangkan lagu, rebana, dan gelang-gelang kaki, serta terompet yang menggantikan tempat seruling. (al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 135)

Imam Abu Ishaq asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H) menyebutkan:

لكن العرب لم يكن لها من تحسين النغمات ما يجرى مجرى ما الناس عليه اليوم بل كانوا ينشدون الشعر مطلقا من غير ان يتعلموا هذه الترجيعات التي حدثت بعدهم بل كانوا يرققون الصوت ويمططونه على وجه يليق بأمية العرب الذين لم يعرفوا صنائع الموسيقى فلم يكن فيه إلذاذ ولا إطراب لهى وإنما كان لهم شىء من النشاط كما كان الحبشة وعبد الله بن رواحة يحدوان بين يدى رسول الله صلى الله عليه وسلم
وكما كان الأنصار يقولون عند حفر الخندق

نحن الذين بايعوا محمداًَعلى الجهاد ما حيينا أبداًَفيجيبهم صلى الله عليه وسلماللهم لا خير إلا خير الأخرةفاغفر للأنصار والمهاجرة

Terjemahan: Namun, orang ‘Arab generasi terdahulu tidaklah mengenal teknik alunan suara sebagaimana yang dilakukan/dipraktikkan oleh manusia pada hari ini. Mereka sekadar melantunkan syair secara mutlak tanpa mempelajari nota-nota muzik (irama suara) sebagaimana yang telah muncul setelah generasi mereka. Sebaliknya mereka sekadar melembutkan suara dan memanjangkannya sebagaimana kebiasaan kaum Arab yang ummi yang mana mereka tidak mengetahui alunan seni suara. Maka dari itu, tidak timbul alunan dan irama melalaikan. Yang ada hanyalah sekadar membangkitkan semangat sebagaimana ‘Abdullah bin Rawahah melantunkan syairnya di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Juga sebagaimana kaum Anshar yang melantunkannya ketika menggali parit (di waktu menjelang perang Khandaq):

Kamilah yang membaiat Nabi Muhammad saw,

Untuk berjihad selamanya selagi kami masih hidup.

Maka Nabi Shallallahu ’alaihi wa Sallam menjawab mereka dengan:

Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat,

Maka ampunilah kaum Anshar dan Muhajirin. (Rujuk al-I’tisham, 1/201)

Dalam perkara ini, terdapat perkataan tabi’in Sa’id B. Musayyib rahimahullah dengan katanya:

إني لأبغض الغناء وأحب الرجز

Sesungguhnya aku benar-benar membenci nyanyian (al-ghina’) dan menyukai rojaz (sejenis syair). (Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq, al-Mushannaf, 11/6, no. 19743. 11/266, no. 20506. Syarhus Sunnah al-Baghowi, 6/253. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 101)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وإذا عرف هذا: فاعلم أنه لم يكن في القرون الثلاثة المفضلة لا بالحجاز ولا بالشام ولا باليمن ولا بمصر والمغرب والعراق وخراسان من أهل الدين والصلاح والزهد والعبادة، من يجتمع على مثل سماع المكاء والتصدية إنما حدث هذا بعد ذلك في أواخر المائة الثانية، فلما رآه الأئمة أنكروه

Sekiranya perkara ini telah difahami, maka ketahuilah bahawa tidak ditemui pada tiga kurun yang utama (generasi Sahabat bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan generasi Tabi’in) sama ada di Hijjaz, Syam, Yaman, Mesir, Morocco (al-Maghribi), ‘Iraq dan Khurasan dari kalangan ahli agama, orang-orang soleh, zuhud, dan ibadah yang mereka berkumpul mendengar nyanyian yang disertai dengan tepukan tangan dan siulan seperti ini (merujuk kepada kaum sufi). Sesungguhnya perkara ini hanya baru berlaku pada akhir abad kedua. Di ketika para imam (ulama) melihatnya, mereka lantas segera mengingkarinya (membantah). (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 11/569)

Berkenaan al-ghina’ dan hukumnya, insya Allah akan diperincikan pada perbahasan seterusnya.

Secara umumnya, syair adalah mubah (dibolehkan) selagi mana di dalamnya tidak mengandungi sesuatu yang terlarang.

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam daripada Ubai B. Ka’ab:

إن من الشعر حكمة

Terjemahan: “Sesungguhnya di antara syair itu ada yang memiliki hikmah (pelajaran).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/116, no. 5679)

Namun terdapat hadis yang menjelaskan larangan sekiranya asyik dan disibukkan dengan bersyair.

عن بن عمر رضى الله تعالى عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لأن يمتلئ جوف أحدكم قيحا خير له من أن يمتلئ شعرا

Dari Ibnu ‘Umar radliyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Lebih baik salah seorang daripada kamu memenuhi perutnya dengan nanah daripada ia memenuhinya dengan syair (nyanyian tanpa muzik).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/127, no. 5688)

عن أبي هريرة رضى الله تعالى عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأن يمتلئ جوف رجل قيحا يريه خير من أن يمتلئ شعرا

Daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Lebih baik salah seorang daripada kamu memenuhi perutnya dengan nanah sehingga rosak perutnya daripada ia penuhi dengan syair.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/128, no. 5689. Muslim, 11/341, no. 4191)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

هذه المبالغة في ذم الشعر أن الذين خوطبوا بذلك كانوا في غاية الإقبال عليه والاشتغال به فزجرهم عنه ليقبلوا على القرآن وعلى ذكر الله تعالى وعبادته فمن أخذ من ذلك ما أمر به لم يضره ما بقي عنده مما سوى ذلك والله أعلم

“Penyebab munculnya celaan yang cukup keras tersebut adalah disebabkan orang yang diajak berbicara merupakan orang-orang yang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya hanya untuk bersyair, sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela mereka supaya mereka kembali kepada al-Qur’an, berzikir, dan beribadah kepada Allah. Sesiapa yang telah melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya, maka tidak mengapa sekiranya baki waktunya yang tinggal (sisa waktu yang tinggal) digunakan untuk perkara lain. Wallahu a’lam. (Fathul Bari, 10/550)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata ketika menjelaskan berkenaan hadis yang menyebutkan persoalan Syairnya Umayyah, beliau berkata:

وَمَقْصُود الْحَدِيث أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَحْسَنَ شِعْر أُمِّيَّة , وَاسْتَزَادَ مِنْ إِنْشَاده لِمَا فِيهِ مِنْ الْإِقْرَار بِالْوَحْدَانِيَّةِ وَالْبَعْث , فَفِيهِ جَوَاز إِنْشَاد الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ , وَسَمَاعه , سَوَاء شِعْر الْجَاهِلِيَّة وَغَيْرهمْ , وَأَنَّ الْمَذْمُوم مِنْ الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ إِنَّمَا هُوَ الْإِكْثَار مِنْهُ , وَكَوْنه غَالِبًا عَلَى الْإِنْسَان . فَأَمَّا يَسِيره فَلَا بَأْس بِإِنْشَادِهِ وَسَمَاعه وَحِفْظه

“Maksud hadis ini menunjukkan bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menganggap baik syair Umayyah dan meminta tambahan syair terhadap apa yang ada di dalamnya dari pengakuannya terhadap ke-Esaan (Allah) dan hari akhir. Dan di dalamnya maklumat tentang bolehnya melantunkan syair yang tidak mengandungi kekejian, sekaligus mendengarkannya. Sama sahaja, adakah syair tersebut merupakan syair Jahiliyyah atau selainnya. Dan yang perlu dijauhi berkaitan persoalan syair yang tidak mengandungi kekejian ini adalah yang tidak berlebihan padanya. Dan itulah yang biasanya terjadi kepada diri manusia. Adapun sedikit syair dengan cara melantunkan, mendengarnya, atau menghafalnya maka tidak mengapa.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/15)

Di Antara Syair-syair Yang Dibolehkan (Berdasarkan apa yang disebutkan oleh hadis-hadis):

1 – Syair para jama’ah haji. Mereka biasa melantunkan syair-syair yang mengisahkan tentang Ka’abah, Maqam Ibrahim, zam-zam, dan seumpamanya.

2 – Syair para pejuang yang dapat membakar semangat untuk berperang.

3 – Syair yang membangkitkan semangat bekerja, sebagaimana syair yang dilantunkan oleh kaum Muhajirin dan Anshar ketika mereka menggali parit pada peperangan Khandaq.

4 – Syair yang dilantunkan oleh penunggang unta supaya unta mereka bersemangat untuk melakukan perjalanan sebagaimana yang dilakukan oleh ‘Amir B. Ak-‘Akwa.

5 – Syair yang mengandungi hikmah (kebaikan), doa, dan selainnya. Dan bukan syair yang berisi kemungkaran atau maksiat.

Definisi al-Ma’azif

Apa makna al-Ma’aazif (اْلمَعَازِف)?

Al-Ma’aazif (اْلمَعَازِف) merupakan jamak dari al-Mi’zaf (اْلمَعَازِف). Dalam Qamus Al-Muhith halaman 753, dinyatakan:

(هي الملاهي ، كالعود والطنبور) Ia adalah al-malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan), seperti al-‘ud dan ath-thanbur (gitar atau rebab). Dalam an-Nihayah, al-ma’azif diertikan sebagai: (هي الدفوف وغيرها مما يضرب [ به ]) = Ia adalah seperti duff-duff (rebana/kompang) atau selainnya yang biasa dipukul. Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A’laam an-Nubalaa’ mengatakan:

اسم لكلِّ آلات الملاهي التي يعزَف بها، كالمزمار، والطنبور، والشبابة، والصنوج

Al-Ma’azif adalah setiap nama dari alat muzik yang dimainkan - seperti seruling, thanbur, simbal, dan terompet. (Siyar A’lam an-Nubala’, 21/158). Definisi yang sama juga tertera dalam kitab beliau yang lain: Tadzkiratul -Huffadh, 2/1337.

Ibnul-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) dalam Ighatsatul-Lahfan memberikan kata-kata yang sangat umum dan global untuk definisi Al-Ma’azif:

وهي آلات اللهو كلها، لا خلاف بين أهل اللغة في ذلك

Ia adalah seluruh peralatan yang digunakan untuk bermain muzik. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh para ahli bahasa (Arab). (Ighatsatul Lahfan, m/s. 260)

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:

وَالْمَعَازِف آلَات الْمَلَاهِي الْوَاحِدَة مِعْزَفَة

Al-Ma’azif adalah bentuk jama’ dari kata mi’zafah iaitu alat muzik. (Fathul Bari, 11/259)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

الْمَعَازِفُ هِيَ الْمَلَاهِي كَمَا ذَكَرَ ذَلِكَ أَهْلُ اللُّغَةِ

Al-Ma’azif adalah alat yang digunakan untuk bermain muzik sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli bahasa. (Majmu’ al-Fatawa, 10/576)

Daripada google Translator: 'Arab ke English, ia juga membawa maksud alat-alat muzik (musical instruments).

Dalil-dalil Daripada al-Qur’an Sebagaimana Penjelasan Para Ulama Tafsir

Daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمِنَ النّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلّ عَن سَبِيلِ اللّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتّخِذَهَا هُزُواً أُوْلَـَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مّهِينٌ

Dan di antara manusia (ada) orang yang mengunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan menerima azab yang menghinakan. (Surah Luqman, 31: 6)

Berikut adalah Kefahaman Para Ulama Generasi Salaf (Generasi awal umat Islam) dari kalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para mufassir (ahli tafsir) yang mengikuti mereka berkenaan ayat tersebut (serta beberapa ayat yang lainnya):

1 – Ulama Tafsir Dari Kalangan Sahabat, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

Berkenaan tafsir daripada kalangan sahabat, para ulama sepakat menerima tafsiran mereka dan medahulukannya daripada tafsiran-tafsiran selainnya. Ini adalah kerana bahawa kefahaman dan penafsiran para sahabat itu berdasarkan kepada keadaan dan situasi mereka yang sangat dekat dengan Rasulullah dan waktu turunnya wahyu.

Mereka lebih mengerti dan memahami tentang maksud al-Qur’an. Kepada merekalah al-Qur’an diturunkan dan merekalah orang-orang yang pertama menerima Kalamullah Allah tersebut. Mereka telah menyaksikan sebab dan tujuan ayat-ayat al-Qur’an diturunkan. Mereka menyaksikan bagaimana pendidikan dan pemahaman yang diterapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara langsung. Mereka adalah orang-orang terpilih yang menjadi para sahabat Rasulullah yang bertanggungjawab menyebarkan dan menyampaikan agama ini kepada selainnya serta orang-orang selepas mereka.

Perkara tersebut antaranya turut disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam firman-Nya:

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama sekali (masuk Islam) daripada golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya:

حدثني يونس بن عبد الأعلى قال: أخبرنا ابن وهب, أخبرني يزيد بن يونس عن أبي صخر عن أبي معاوية البجلي عن سعيد بن جبير عن أبي الصهباء البكري أنه سمع عبد الله بن مسعود وهو يسأل عن هذه الاَية {ومن الناس من يشتري لهو الحديث ليضل على سبيل الله} فقال عبد الله بن مسعود: الغناء والله الذي لا إله إلا هو, يرددها ثلاث مرات

Terjemahan: Telah menceritakan kepadaku Yunus bin ‘Abdil-A’laa, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu Wahb: Telah mengkhabarkan kepadaku Yazid bin Yunus, dari Shakhr, dari Abu Mu’awiyyah al-Bajaly, dari Sa’id bin Jubair, dari Abu Shahbaa’ al-Bakry, bahawasanya beliau mendengar ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu berkata di ketika ia ditanya tentang ayat:

“Dan di antara manusia (ada) orang yang memgunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.”

Maka beliau menjawab: “Al-Ghinaa’ (nyanyian). Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 6/330. Atsar tersebut disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh adz-Dzahabi. Disahihkan juga oleh Ibnul Qayyim)

2 – ‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallhu ‘anhu:

حدثنا حفص بن عمر قال أخبرنا خالد بن عبد الله قال أخبرنا عطاء بن السائب عن سعيد بن جبير عن بن عباس ومن الناس من يشتري لهو الحديث قال الغناء وأشباهه

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Khalid bin ‘Abdillah, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Athaa’ bin as-Saaib, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

“Dan di antara manusia (ada) orang yang memgunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.”

Beliau berkata: “al-Ghinaa’ (nyanyian) dan yang menyerupainya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul-Mufrad, Bab: al-Ghina’ wa al-Lahwu, no. 786 dan 1265. Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206. Dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani)

Beliau (Ibnu ‘Abbas) juga menyebutkan bahawa:

نزلت في الغناء وأشباهه

Terjemahan: Ayat ini diturunkan berkaitan al-Ghina’ (nyanyian) dan yang seumpamanya. (Atsar Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/221. Dinyatakan sahih oleh Syaikh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 142)

Di samping itu, nyanyian (al-Ghina’) adalah termasuk perbuatan melengah-lengahkan peringatan agama, amal kebaikan dan merupakan suatu yang sia-sia. Ini dapat difahami daripada perkataan Ibnu ‘Abbas ketika menafsirkan ayat berikut:

وَتَضْحَكُونَ وَلاَ تَبْكُونَ. وَأَنتُمْ سَامِدُونَ

“(Berkaitan peringatan yang dibawa oleh Muhammad) Dan kamu mentertawakannya dan tidak menangis, sedang kamu pula melengah-lengahkannya (menangguh-nangguh).” (Surah an-Najm, 53: 60-61)

Beliau (Ibnu ‘Abbas) berkata tentang ayat:

وَأَنتُمْ سَامِدُونَ

(Melengah-lengahkannya)

هو الغناء

Terjemahan: Ia maksudnya adalah al-Ghina’ (nyanyian). (Rujuk Tafsir ath-Thobari, 22/559)

3 – Ulama Tafsir Tabi’in, ‘Ikrimah:

قال شعيب بن يسار : سألت عكرمة عن ( لهو الحديث ) ؟ قال : هو الغناء

Syu’aib B. Yasar menceritakan: “Aku pernah bertanya kepada ‘Ikrimah berkenaan ayat:

“Dan di antara manusia (ada) orang yang memgunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.”

Maka beliau menjawab: “Maksudnya adalah Al-Ghinaa’ (nyanyian).” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 2/2, no. 217. Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206. Atsar ini memiliki penguat dan ia dinyatakan sahih oleh al-Albani, Tahrim alat ath-Tharb, m/s. 143. Juga turut disebutkan oleh Imam Mujahid (anak murid kepada Ibnu ‘Abbas))

Demikianlah juga sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hasan, Sa’id B. Jubair, Qotadah, dan Ibrahim an-Nakha’i. (Rujuk: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206)

4 – Selain perkataan di atas, Imam Mujahid rahimahullah, salah seorang ulama tafsir generasi Tabi'in yang merupakan anak murid kepada Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau turut menyatakan bahawa:

الـمغنـي والـمغنـية بـالـمال الكثـير، أو استـماع إلـيه، أو إلـى مثله من البـاطل.

“Memberikan bayaran (gaji) kepada para penyanyi lelaki dan wanita dengan bayaran yang tinggi, mendengarnya atau yang seumpamanya, ia adalah termasuk perkara-perkara yang bathil.” (Rujuk: Tafsir Mujahid, 2/503. Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/225, no. 20809)

Ketika menafsirkan firman Allah (Surah al-Furqan, 25: 72):

وَالّذِينَ لاَ يَشْهَدُونَ الزّو

Terjemahan: “Dan orang-orang yang tidak memberikan sumpah (saksi) palsu...”,

Imam Mujahid berkata:

لا يسمعون الغِناء

“(Iaitu) orang-orang yang tidak mendengar nyanyian (al-ghina').” (Rujuk: Tafsir ath-Thobari, 19/313)

Menunjukkan bahawa beliau tidak menerima sumpah/persaksian individu yang mendengar al-Ghina’ (nyanyian).

Daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menjelaskan tentang Iblis:

واستفزز من استطعت منهم بصوتك

Terjemahan: “(Dikatakan kepada Iblis): Dan tariklah (hasutlah) sesiapa sahaja yang kamu mampu daripada mereka (manusia) dengan suaramu.” (Surah al-Isra’, 17: 64)

Imam Mujahid berkata (sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya):

قيل هو الغناء قال مجاهد باللهو والغناء أي استخفهم بذلك

Terjemahan: (بصوتك : dengan suaramu) Ia adalah al-Ghina’ (nyanyian), berkata Mujahid: “Dengan main-mainan dan al-Ghina’ (nyanyian), iaitu meremeh-remehkannya dengan perkara tersebut.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 5/93. Lihat juga Tafsir al-Qurthubi)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyebutkan:

وقد فسر ذلك طائفة من السلف بصوت الغناء‏.‏ وهو شامل له ولغيره من الأصوات المستفزة لأصحابها عن سبيل الله‏

“Dan sebenarnya sebahagian ulama salaf (generasi awal) telah menafsirkan (bi-shautika) dengan: “Nyanyian (al-ghinaa’)”. Ini turut mencakupi seluruh perkara selainnya dari jenis-jenis suara yang menghalang pelakunya kepada jalan Allah.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/642)

Menunjukkan bahawa nyanyian (al-Ghina’) adalah di antara kaedah yang digunakan oleh Iblis untuk menyesatkan manusia.

5 – Imam al-Qurthubi berkata di dalam Tafsirnya:

هذا أعلى ما قيل في هذه الآية، وحلف على ذلك ابن مسعود بالله الذي لا إله إلا هو ثلاث مرات إنه الغناء

Terjemahan: Inilah tafsiran yang paling tepat tentang ayat tersebut sehinggakan Ibnu Mas’oud bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali bahawa yang dimaksudkan adalah al-Ghina’ (nyanyian)...

وكذلك قال عكرمة وميمون بن مهران ومكحول

Dan begitu jugalah sebagaimana yang disebutkan oleh ‘Ikrimah, Maimun B. Mehran, dan Makhul. (Tafsir al-Qurthubi, 14/52)

6 – Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1255H) berkata:

ولهو الحديث كل ما يلهى عن الخير من الغناء والملاهي والأحاديث المكذوبة وكل ما هو منكر

قال القرطبي: إن أولى ما قيل في هذا الباب هو تفسير لهو الحديث بالغناء، قال: وهو قول الصحابة والتابعين

Terjemahan: Dan lahwal hadits maksudnya adalah: Segala sesuatu yang melalaikan seseorang dari perkara kebaikan, ini adalah seperti nyanyian (al-ghina’), permainan, perkataan-perkataan (kisah-kisah dogeng/hikayat) yang dusta, dan setiap perkara yang munkar.

Beliau kemudiannya menyebutkan perkataan Imam al-Qurthubi (rahimahullah):

Sesungguhnya penafsiran yang didahulukan/diutamakan (yang tepat) adalah apa yang telah dinyatakan dalam bab ini bahawa tafsir dari lahwal hadits adalah nyanyian (al-ghinaa’). Ini merupakan perkataan (tafsir) daripada para shahabat dan tabi’in. (asy-Syaukani, Fathul Qadir al-Jami’ Baina fani ar-Riwayah wa ad-Dirayah min ‘Ulum at-Tafsir, 5/483)

7 – al-Alusi rahimahullah (Wafat: 1270H) ketika menafsirkan Surah Luqman, ayat ke-6, beliau berkata:

ذم الغناء بأعلى صوت وقد تظافرت الأثار واتفقت كلمة الأخيار على ذم الغناء وتحريمه مطلقاً لا في مقام دون مقام

Terjemahan: “Celaan terhadap nyanyian adalah dengan suara yang tegas. Atsar-atsar dalam perkara ini sangat banyak dan komentar para ulama telah sepakat akan tercelanya nyanyian dan pengharamannya secara mutlak, tidak dikhususkan di antara satu keadaan dengan keadaan lainnya.” (Ruhul Ma’ani fii Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 15/406)

8 – al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata ketika menafsirkan firman Allah dalam Surah Luqman:

اللَّهُ نزلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ } [الزمر: 23]، عطف بذكر حال الأشقياء، الذين أعرضوا عن الانتفاع بسماع كلام الله، وأقبلوا على استماع المزامير والغناء بالألحان وآلات الطرب

Terjemahan: (Firman Allah): Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (iaitu) kitab yang sama keindahannya lagi diulang-ulang, dengan sebab itulah bergetarnya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya, lalu menjadi lembut kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah. (Surah az-Zumar, 39: 23)

Dan Allah Ta’ala menghubungkannya dengan menyebutkan keadaan orang-orang yang celaka (tidak beruntung), iaitu orang-orang yang tidak berupaya mengambil manfaat dengan mendengar al-Qur’an. Sebaliknya, mereka lebih suka (lebih terkesan) untuk berhibur dengan seruling, nyanyian, dan alat-alat muzik.

ثم قال تعالى: { وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا } أي: هذا المقبل على اللهو واللعب والطرب، إذا تليت عليه الآيات القرآنية، ولى عنها وأعرض وأدبر وتَصَامّ وما به من صَمَم، كأنه ما يسمعها؛ لأنه يتأذى بسماعها، إذ لا انتفاع له بها، ولا أرَبَ له فيها، { فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ } أي: يوم القيامة يؤلمه، كما تألم بسماع كتاب الله وآياته

Terjemahan: Kemudian Allah berfirman: Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami, dia berpaling dan menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya seakan-akan ada penyumbat di telinga mereka. (Surah Luqman, 31: 7)

Maksudnya: Seterusnya mereka ini mengikuti (leka) dengan hiburan dengan permainan, nyanyian, dan muzik yang jika dibacakan ayat-ayat al-Qur’an, mereka berpaling seakan-akan mereka pekak, tidak mendengarnya kerana mereka merasa dangkal (tidak senang) sekiranya mendengar ayat-ayat al-Qur’an tersebut dibacakan. (Firman Allah):

Maka, berilah khabar gembira dengan azab yang pedih. (Surah Luqman, 31: 7)

Maksudnya, mereka akan diazab (disiksa) pada hari kiamat dengan sesuatu yang menyakitkan sebagaimana ia merasa sakit jika membaca Kitabullah dan ayat-ayat-Nya. (Tafsir Ibnu Katsir, 6/330)

Kesimpulannya:

Nyanyian (al-ghina’) adalah termasuk perkara yang sekurang-kurangnya dibenci, tidak berguna dan melalaikan. Di mana para ulama tafsir telah menyebutkan bahwa di antara maksud - لهو الحديث - Lahwal Hadits (perkataan yang tidak berguna/melalaikan) adalah merujuk kepada nyanyian (al-ghina’).

Sebagaimana dinukilkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah bahawa:

أكثر ما جاء في التفسير: أن لهو الحديث ههنا هو الغناء لأنه يلهى عن ذكر الله تعالى

Terjemahan: Banyak disebutkan di dalam kitab-kitab tafsir bahawasanya makna lahwal hadits di sini adalah nyanyian (al-ghina’), kerana ianya melalaikan daripada mengingati Allah. (Ighatsatul Lahfan min Masho’id asy-Syaithon, m/s. 239)

Beliau juga menyatakan berkenaan al-ma’azif:

أن المعازف هي آلات اللهو كلها لا خلاف بين أهل اللغة في ذلك ولو كانت حلالا لما ذمهم على استحلالها ولما قرن استحلالها باستحلال الخمر والخز

Bahawasanya al-ma’azif itu adalah seluruh peralatan yang digunakan untuk bermain muzik. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh para ahli bahasa (‘Arab). Kalaulah perkara tersebut halal, sudah tentu mereka tidak akan dicela kerana menghalalkannya. Dan sudah tentu penghalalannya tidak akan digandingkan dengan ancaman penghalalan khamar (arak) dan perzinaan. (Ighatsatul Lahfan, m/s. 260)

Dalil-dalil Daripada Hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

1 – Daripada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Riwayat al-Bukhari:

وقال هشام بن عمار حدثنا صدقة بن خالد حدثنا عبد الرحمن بن يزيد بن جابر حدثنا عطية بن قيس الكلابي حدثنا عبد الرحمن بن غنم الأشعري قال حدثني أبو عامر أو أبو مالك الأشعري والله ما كذبني سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول

ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف ولينزلن أقوام إلى جنب علم يروح عليه بسارحة لهم يأتيهم يعني الفقير لحاجة فيقولوا ارجع إلينا غدا فيبيتهم الله ويضع العلم ويمسخ آخرين قردة وخنازير إلى يوم القيامة

Terjemahan: Telah berkata Hisyam bin ‘Ammar: Telah menceritakan kepada kami Shodaqah bin Khalid: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Yazid bin Jaabir: Telah menceritakan kepada kami ‘Athiyyah bin Qais al-Kilaaby: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Ghunm al-Asy’ary ia berkata: Telah menceritakan kepadaku Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ary (demi Allah beliau tidak membohongiku) bahawa beliau telah mendengar Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum/kelompok yang menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), alat-alat muzik (al-ma’aazif: Peralatan bunyi-bunyian yang digunakan bagi mengiringi nyanyian/syair). Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan. Lalu mereka berkata: “Kembalilah esok”. Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain dikutuk menjadi monyet dan babi sehingga hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (secara mu’allaq), 17/298 no. 5161. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Hibban, 15/154, no. 6754. ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 3/282, no. 3417 dan dalam Musnad Syamiyyin, 1/334, no. 588. al-Baihaqi, 3/272, no. 5895. 10/221, no. 20777. al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Taghliqut-Ta’liq, 5/18, no. 5590. Di samping itu, hadis ini memiliki banyak sokongan)

Hadis tersebut telah disepakati kesahihannya oleh para ulama hadis. Sama ada ulama hadis terdahulu atau masa kini. Di antaranya adalah Ibnu Hibban, al-‘Isma’ili, Ibnu Sholah, al-Hafiz as-Sakhawi, Ibnu Hajar al-‘Asqalani, al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, ath-Thohawi, an-Nawawi, ash-Shan’ani, Syaikh al-Albani, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz, Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Syaikh ‘Abdurrahman al-Faqih, dan ramai lagi selainnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ : أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ

Terjemahan: Berdasarkan Imam ke-empat-empat mazhab bahawasanya keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit (ditetapkan) di dalam Shohih al-Bukhari dan selainnya (kemudian beliau menyebutkan hadis di atas). (Majmu’ al-Fatawa, 11/576)

Terdapat sebahagian pihak yang mendakwa bahawa hadis al-Bukhari tersebut telah jelas terputus sanadnya dan tidak bersambung sanadnya di antara al-Bukhari dengan Shodaqah B. Khalid. Dan mereka juga berkata bahawa Imam al-Bukhari tidak mendengar secara langsung hadis ini daripada Hisyam B. ‘Ammar. Perkara ini telah disebutkan oleh Ibnu Hazm, dan kemudiannya pada masa ini diikuti pula antaranya oleh Muhammad al-Ghazali dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Apa yang dilontarkan oleh Ibnu Hazm tersebut sebenarnya telah disangkal oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dan para ulama lainnya sebagaimana berikut:

Pertamanya:

أن البخاري قد لقى هشام بن عمار وسمع منه فإذا قال : قال هشام فهو بمنزلة قوله عن هشام

Terjemahan: Bahawasanya al-Bukhari telah bertemu dengan Hisyam B. ‘Ammar dan mendengar daripadanya, di mana apabila al-Bukhari menyebutkan: “Berkata Hisyam”, maka ianya samalah tarafnya dengan perkataanya: “Daripada Hisyam B. ‘Ammar”.

Kedua:

أنه لو لم يسمع منه فهو لم يستجز الجزم به عنه إلا وقد صح عنه أنه حدث به وهذا كثيرا ما يكون لكثرة من رواه عنه عن ذلك الشيخ وشهرته فالبخاري أبعد خلق الله من التدليس

Terjemahan: Jika sekiranya beliau (al-Bukhari) tidak mendengar daripada Hisyam B. ‘Ammar, sudah tentu Imam al-Bukhari tidak akan menyebutkannya dengan lafaz jazm (lafaz yang pasti/tegas) melainkan apabila beliau telah mengetahui secara pasti bahawa Syaikhnya (gurunya) tersebut memang menyampaikan hadis tersebut. Ini sering berlaku kerana banyaknya perawi yang meriwayatkan hadis tersebut daripadanya dan ia telah sedia maklum. Manakala al-Bukhari adalah seorang yang sangat jauh dari tuduhan pemanipulasi hadis (tadlis).

Ketiga:

أنه أدخله في كتابه المسمى بالصحيح محتجا به فلولا صحته عنده لما فعل ذلك

Terjemahan: Beliau mencantumkan hadis tersebut dalam kitab Shohihnya dan beliau menjadikan hadis tersebut sebagai hujjah di bawah satu bab. Sekiranya hadis tersebut tidak sahih, sudah tentu beliau tidak akan meletakkannya demikian. Tanpa diragui, hadis tersebut adalah sahih.

Keempat:

أنه علقه بصيغة الجزم دون صيغة التمريض فإنه إذا توقف في الحديث أو لم يكن على شرطه يقول : " ويروى عن رسول الله صلى الله عليه و سلم " و : " يذكر عنه " ونحو ذلك فإذا قال : " قال رسول الله صلى الله عليه و سلم " و : " قال فلان " فقد جزم وقطع بإضافته إليه وهنا قد جزم بإضافة الحديث إلى هشام فهو صحيح عنده

Terjemahan: Imam al-Bukhari telah menggunakan lafaz mu’allaq, namun beliau telah menyebutkannya dengan menggunakan shighah jazm (tegas) dan bukan dengan shighah tamridh (tidak tegas). Sekiranya Imam al-Bukhari masih tidak dapat dipastikan atau tidak memenuhi syarat hadis sahih menurut beliau, sudah tentu beliau akan menyebutkan: “Telah diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”, “Telah disebutkan daripada Fulan”, atau yang seumpama dengannya. Namun apabila beliau berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam” atau “Telah berkata Fulan”, bermakna beliau telah memastikan dengan tegas dan menyandarkan riwayat tersebut kepadanya. Dan di sini, beliau (Imam al-Bukhari) telah menyatakan dengan tegas hadis ini kepada Hisyam. Maka bermakna hadis ini adalah sahih menurut beliau.

Kelima:

أنا لو أضربنا عن هذا كله صفحا فالحديث صحيح متصل عند غيره

Terjemahan: Jika sekiranya kita menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari ini atas sebab sanadnya yang terputus, maka ia masih tetap jelas bersambung (muttashil) sanadnya melalui riwayat selain daripadanya. (Rujuk: Ighatsatul Lahfan, m/s. 260. Tahdzib Sunan Abi Daud wa Idhohi Musykilatihi, 2/227. Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 82. Ahmad B. Hussein al-Azhari, An-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 25)

Al-Hafizh Abu ‘Amru Ibnu Sholah berkata dalam Kitab Ulumul Hadits:

ولا التفات إلى ابن محمد بن حزم الظاهري الحافظ في رده ما أخرجه البخاري من حديث أبي عامر أو أبي مالك الأشعري

“Tidak perlu dipedulikan lagi alasan yang diutarakan oleh Ibnu Hazm az-Zhahiri dalam menolak riwayat al-Bukhari dari hadis Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ary... kerana al-Bukhari telah meriwayatkannya dan menyatakan dalam riwayatnya:

من جهة أن البخاري أورده قائلاً فيه: قال هشام بن عمار، وساقه بإسناده، فزعم ابن حزم أنه منقطع فيما بين البخاري وهشام، وجعله جوابا هم الاحتجاج به على تحريم المعازف، وأخطأ في ذلك من وجوه والحديث صحيح معروف الاتصال بشرط الصحيح

“Hisyam bin Ammar berkata...” kemudian beliau menyebutkan sanadnya. Ibnu Hazm mendakwa sanad ini terputus di antara al-Bukhari dengan Hisyam, lalu dijadikannya sebagai bantahan terhadap hujjah pengharaman alat musik. Namun ia keliru (tersilap) dalam masalah ini dari beberapa sudut. Hadis ini adalah hadis sahih dan ma’ruf, bersambung sanadnya bertepatan dengan syarat hadis sahih.” (Dinukil dari: an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 25)

Al-Hafiz al-‘Iraqi rahimahullah ketika mentakhrij hadis tersebut, beliau menjelaskan:

وذلك لأن الغالب على الأحاديث المعلقة أنها منقطعة بينها وبين معلِّقها، ولها صور عديدة معروفة، وهذا ليس منها، لأن هشام بن عمَّار من شيوخ البخاري الذين احتج بهم في صحيحه

Kebiasaannya hadis-hadis yang mu’allaq terputus sanadnya dari pangkal sanad sehingga kepada yang meriwayatkannya. Hadis mu’allaq memiliki beberapa bentuk yang telah difahami. Dan hadis ini tidak termasuk ke dalamnya. Kerana Hisyam B. ‘Ammar adalah guru al-Bukhari. Al-Bukhari mengambilnya sebagai hujjah dalam kitab Shohihnya. (al-Mughni ‘an Hamlil Asfaar, 2/271)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah ketika mengkritik perkataan Ibnu Hazm, beliau berkata:

وهذا الذي قاله خطأ نشأ عن عدم تأمل

Terjemahan: Dan perkataannya ini adalah salah kerana beliau kurang teliti. (Fathul Bari, 10/52)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

والآلات الملهية قد صح فيها مارواه البخاري في صحيحه تعليقاً مجزوما به، داخلاً في شرطه

Terjemahan: Alat-alat muzik telah sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Shohihnya secara mu’allaq dengan sighah jazm (lafaz yang tegas/pasti), bersesuaian dengan syarat beliau. (al-Istiqamah, m/s. 294)

Hadits tersebut juga telah jelas diriwayatkan secara bersambung di dalam kitab yang lain. Ini adalah sebagaimana berikut:

Dalam riwayat Ibnu Hibban, hadis tersebut secara jelas diriwayatkan secara bersambung (bukan mu’allaq):

أخبرنا الحسين بن عبد الله القطان قال حدثنا هشام بن عمار قال حدثنا صدقة بن خالد قال حدثنا بن جابر قال حدثنا عطية بن قيس قال حدثنا عبد الرحمن بن غنم قال حدثنا أبو عامر وأبو مالك الأشعريان سمعا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ليكونن في أمتي أقوام يستحلون الحرير والخمر والمعازف

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepada kami al-Husain bin ‘Abdillah al-Qaththaan ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Ammar ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Shodaqah bin Khalid ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Jaabir ia berkata: Telah menceritakan kepada kami ‘Athiyyah bin Qais ia berkata: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdirrahman bin Ghunm ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Aamir atau Abu Maalik al-Asy’ary bahawasannya mereka berdua telah mendengar Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang akan menghalalkan sutera, khamr, dan alat-alat musik (al-ma’aazif)”. (Rujuk Shohih Ibnu Hibban, 15/154, no. 6754. Syaikh Syu’aib al-Arnauth turut mensahihkan hadis ini dalam Tahqiqnya ke atas Shohih Ibnu Hibban)

Sanad ini sama dengan sanad Imam al-Bukhari dan disebutkan secara bersambung kepada Hisyaam bin ‘Ammar oleh Imam Ibnu Hibban daripada al-Husain bin ‘Abdillah Al-Qaththaan (iaitu dengan memakai shighah: Haddatsanaa Hisyaam bin ‘Ammar). al-Husain bin ‘Abdilah al-Qaththaan ini adalah perawi tsiqah lagi haafiz. (Rujuk: Siyar A’lam an-Nubala’, 14/287)

Diriwayatkan secara bersambung oleh ath-Thabrani:

حدثنا محمد بن يزيد بن عبد الصمد الدمشقي ثنا هشام بن عمار ثنا صدقة بن خالد ثنا بن جابر حدثني عطية بن قيس الكلابي حدثني عبد الرحمن بن غنم حدثني أبو عامر أو أبو مالك والله ما كذبني أنه سمع رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول: ليكونن في أمتي أقوام يستحلون الحرير والخمر والمعازف

Terjemahan: Telah menceritakan kepada Muhammad B. Yazid B. ‘Abdush Shomad ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami, Hisyam B. ‘Ammar. Telah mengkhabarkan kepada kami Shodaqah B. Khalid, telah mengkhabarkan kepada kami Ibn Jaabir, telah mengkhabarkan kepadaku ‘Athiyah B. Qais al-Kilaabi, telah mengkhabarkan kepadaku ‘Abdurramahn B. Ghunm, telah mengkhabarkan kepadaku Abu ‘Amir atau Abu Malik, demi Allah beliau tidak membohongiku, bahawasanya aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang akan menghalalkan sutera, khamr, dan alat-alat musik (al-ma’aazif)”. (Musnad asy-Syamiyyin, 1/338, no. 588)

Ath-Thabrani berkata dalam al-Mu’jam al-Kabir, 3/319: 3417, demikian juga Da’laj dalam Musnad al-Muqilin yang daripadanya adz-Dzahabi mengambil riwayat, 1-2/2, mereka berdua berkata, Musa B. Sahal al-Juni al-Bashri menceritakan kepada kami, beliau berkata, Hisyam B. ‘Ammar telah menceritakan sebuah riwayat kepada kami, iaitu sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari. Dan melalui jalur ath-Thabrani diriwayatkan oleh adh-Dhiya’ al-Maqdisi dalam Muwafaqat Hisyam B. ‘Ammar, 37/1-2.

Musa adalah seorang perawi yang dapat dipercayai lagi hafiz. Disebutkan biografinya dalam Siyar A’lam an-Nubala’, 14/261. Ditambah lagi dengan Da’laj (Muhammad B. ‘Isma’il B. Mahran al-‘Isma’ili) iaitu seorang perawi yang dapat dipercayai lagi hafiz yang kuat hafalannya. Bukan al-‘Isma’ili penyusun al-Mustakhraj.

Juga diriwayatkan secara bersambung oleh al-‘Isma’ili dalam al-Mustakhraj ‘Ala ash-Shohih, demikian juga melalui jalur riwayat al-Baihaqi dalam Sunannya, 10/221 menyatakan: al-Hasan B. Sufyan telah menceritakan kepada kami, beliau berkata, Hisyam B. ‘Ammar telah menceritakan kepada kami (dengan hadis yang sama).

Al-Hasan B. Sufyan (dari Khurasan Naisabur) adalah seorang perawi yang hafiz dan mantap hafalannya, termasuk guru Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban serta para hafiz lainnya. Biografinya disebutkan dalam Siyar A’lam an-Nubala’, 14/157, 162, dan dalam Tazkiratul Huffaz.

Masih terdapat empat perawi lain yang mendengar daripada Hisyam, dikeluarkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Taghliq at-Ta’liq, 5/17-19. (Rujuk: al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 39-41)

Selain itu, Ahmad B. Hussein al-Azhari menjelaskan:

وأوصله أبو نعيم في المستخرج على الصحيح والبيهقي: 10/221 وابن عساكر في التاريخ: 19/79 من طرق كثيرة عن هشام بن عمار، وأخرجه الحسن بن سفيان في "مسنده"105 وأبو بكر الإسماعيلي في المستخرج وأبو ذر الهروي راوي "الصحيح" وغيرهم كثير

Abu Nuaim telah meriwayatkan secara maushul (bersambung) dalam kitab al-Mustakhraj ‘ala Kitab Shohih wa al-Baihaqi (10/221). Dan Ibnu ‘Asakir di dalam at-Tarikh (19/79) dari beberapa jalur daripada Hisyam B. ‘Ammar. Dan diriwayatkan juga oleh al-Hasan B. Sufyan dalam Musnadnya. Juga Abu Bakr al-‘Isma’ili dalam al-Mustakhraj dan Abu Dzar al-Harawi perawi kitab Shohih serta banyak lagi dari selainnya. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 26)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa Hisyam B. ‘Ammar adalah perawi yang dhaif, dan begitu pula Malik B. Abu Maryam lebih teruk lagi. Ibnu Hazm pernah berkata mengenainya, “Tidak diketahui (majhul) siapakah dia?” Imam azd-Dzahabi telah berkata, “Dia tidak dikenali.”

Ahmad B. Hussein al-Azhari memberikan penjelasan terhadap penyataan tersebut sebagaimana berikut:

قال ابن حزم رحمه الله في رسالته "ثم هو إلى أبي عامر أو أبي مالك، ولا يُدرى أبو عامر هذا

الرد: الصحابي ثقة سواء عُرف أو لم يُعرف

قول ابن حزم "ولا يُدري أبو عامر هذا" دليل على أن (أبا عامر) مجهول عنده، ومن مذهبه أنه لايقبل حديث من ذُكر بالصحبة حتى يسمى ويعرف فضله. وأبو عامر عنده ليس كذلك، فالعلة عنده في هذا الحديث هو لكونه متردداً فيه بين معروف ومجهول وليس بالتردد في اسم الصحابي لذاته

Ibnu Hazm rahimahullah berkata dalam risalahnya, “Kemudian sanadnya sampai kepada Abu ‘Amir atau Abu Malik, tidak diketahui siapa dia Abu ‘Amir ini?”

Bantahannya, para sahabat radhiyallahu ‘anhum semuanya secara umum adalah tsiqah, sama ada yang diketahui atau pun tidak.

Ucapan Ibnu Hazm, “Tidak diketahui siapa Abu ‘Amir ini” menunjukkan bahawa Abu Amir majhul (tidak diketahui) menurut Ibnu Hazm. Dan menurut mazhabnya, beliau tidak menerima hadis orang-orang yang dikategorikan sahabat Nabi sehingga disebut namanya dan diketahui keutamaannya. Menurutnya, Abu ‘Amir tidak memiliki kriteria tersebut. Jadi, cacatnya riwayat ini menurut beliau (Ibnu Hazm) adalah kerana adanya perawi yang masih diperselisihkan sama ada ia termasuk perawi yang dikenali atau tidak, bukan permasalahan nama sahabat tersebut.

وقد أجاب بعض العلماء على هذه الشبهة بترجيح أنه "عن أبي مالك". وذهب البخاري في "التاريخ" إلى ترجيح أنه عن أبي مالك فقال رحمه الله: "وإنما يعرف هذا عن أبي مالك الأشعري... وهي رواية مالك بن أبي مريم عن ابن غَمْ عن أبي مالك بغير شك." وقال ابن حجر في تهذيب التهذيب: والحديث لأبي مالك

Sebagian ulama telah menjawab syubhat ini, dengan memilih riwayat yang menyebut, “Daripada Abu Malik.”

Imam al-Bukhari di dalam Tarikhnya telah memilih bahawa riwayat ini daripada Abu Malik, beliau berkata:

“Riwayat ini difahami daripada Abu Malik al-Asy’ary... berasal daripada riwayat Malik B. Abi Maryam daripada Ibnu Ghunm daripada Abu Malik, tanpa sebarang keraguan.”

Berkata Ibnu Hajar di dalam Kitab Tahzib at-Tahzib: “Hadis ini daripada Abu Malik”.

وعلى كل حال فقد تقرر عند أهل العلم ثبوت العدالة لجميع الصحابة رحمه الله تعالى عنه فالصحابي ثقة، سواء أعُرِفَ اسمه أم لم يُعرف، أو عرفت كنيتهُ أم لم تعرف كان عدلاُ مقبول الرواية، وهذا مذهب جماهير أهل العلم

Walau bagaimanapun keadaanya, para ahli ilmu telah menetapkan ketsiqahan seluruh sahabat Nabi Radhiyallahu ‘anhum. Sahabat Nabi adalah tsiqah, sama ada diketahui namanya ataupun tidak, diketahui gelarannya ataupun tidak, ia tetap tsiqah dan diterima riwayatnya. Ini merupakan mazhab majoriti ahli ilmu. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 27-28)

Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) berkata dalam Kitab al-Muqizhah:

ومن أمثلة اختلاف الحافظين: أن يُسمي أحدُهما في الإسناد ثقةً، ويُبدِله الآخر بثقة آخر أو يقول أحدهما: عن رجل، ويقول الآخر: عن فلان، فيُسميَّ ذلك المبهَمَ، فهذا لا يضر في الصحة

Di antara contoh perbezaan dua orang hafiz adalah salah seorang menyebut seorang perawi tsiqah pada sebuah sanad lalu yang lain menggantikannya dengan perawi tsiqah yang lain, atau salah seorang berkata: “Daripada seorang lelaki”, manakala yang lain mengatakan: “Daripada fulan”, ia menyebut nama perawi yang masih samar tadi. Ini tidaklah merosakkan kesahihan hadis. (Rujuk: adz-Dzahabi, al-Muqidzah fii ‘Ilmu Mushtholahul Hadits, m/s. 10. Lihat juga: Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 27-28)

Berkenaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan mereka yang mendhaifkan hadis tersebut atas alasan dhaifnya ‘Ammar B. Hisyam, bahawasanya disebutkan oleh Ahmad B. Hussein al-Azhari dengan katanya:

لم يطعن أحداً في حديث المعازف الذي رواه البخاري معلقاً بسبب هشام بن عمار إلا الشيخ يوسف القرضاوي فقال: "والحديث وإن كان في صحيح البخاري، إلا أنه من "المعلقات" لا من "المسندات المتصلة" ولذلك رده ابن حزم لانقطاع سنده، ومع التعليق فقد قالوا: إن سنده ومتنه لم يسلما من الاضطراب، فسنده يدور علي هشام بن عمار (انظر: الميزان وتهذيب التهذيب) وقد ضعفه الكثيرون.

وهذا الإعلال ضعيف جداً.. وإنما يدل على ضعف صاحبه في الحديث، إذ أن الحديث قد جاء من طريق آخر غير هشام، وحيث أن البخاري لا يروي إلا عن الثقات

البخاري لا يروي عن رجل حتى يعرف صحيح حديثه من سقيمه

Tidak ada seorangpun yang mendhaifkan hadits al-Ma’azif (alat-alat muzik) tersebut yang diriwayatkan oleh al-Bukhari atas alasan dhaifnya Hisyam B. ‘Ammar melainkan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, di mana beliau berkata:

“Hadits ini, walaupun terdapat dalam Shahih al-Bukhari, ia adalah hadits yang mu’allaq, bukan riwayat yang musnad (terkait) dan bersambung sanadnya. Oleh sebab itulah, Ibnu Hazm menolak hadits ini dengan alasan keterputusan sanadnya. Selain mu’allaq, mereka juga menyebutkan: “Sesungguhnya sanad dan matannya tidak selamat dari kegoncangan (idhthorib). Sanadnya bermasalah disebabkan Hisyam B. ‘Ammar (Silahkan lihat: al-Mizan dan Tahzib at-Tahzib), begitu ramai ahli hadits yang mendhaifkannya.”

(Kemudian Ahmad B. Hussein berkata) Alasan ini sangat lemah sekali... sekaligus menunjukkan kelemahan beliau (al-Qaradhawi) dalam ilmu hadis. Kerana hadis ini telah diriwayatkan daripada jalan lain selain Hisyam. Dan al-Bukhari pula tidak meriwayatkan melainkan daripada perawi yang tsiqah.

Al-Bukhari tidak meriwayatkan daripada seorang perawi sehingga beliau mengetahui kesahihan haditsnya.

Syaikh ‘Abdurrahman al-Faqih hafizahullah berkata:

إذا قلنا باتصال الرواية بين البخاري وهشام وهو الصحيح ففي هذه الحالة يكون الحديث صحيحا، وهشام بن عمار وإن كان فيه كلام إلا أن البخاري رحمه الله كان ينتقي من أحاديث مثل هذا الضرب ولا يخرج كل حديثهم، وهناك نقل مهم جدا عن الإمام البخاري رحمه الله ذكره الترمذي في العلل الكبير: "وسألت محمدا عن داود بن أبي عبد الله الذي روى عن ابن جدعان فقال هو مقارب الحديث، قال محمد: عبد الكريم أبو أمية مقارب الحديث، وأبو معشر المديني نجيح مولى بني هاشم ضعيف لا أروي عنه شيئا ولا أكتب حديثه...وكل رجل لا أعرف صحيح حديثه من سقيمه لا أروي عنه ولا أكتب حديثه..ولا أكتب حديث قيس بن الربيع

Apabila kita mengatakan ketersambungan sanad riwayat di antara al-Bukhari dengan Hisyam, maka itulah yang benar/tepat. Dalam keadaan ini, hadits tersebut shahih, Hisyam B. ‘Ammar walaupun ada sedikit komentar terhadapnya, al-Bukhari telahpun terlebih dahulu menyaring (meneliti) hadits-hadits perawi yang seperti itu keadaannya dan beliau tidak meriwayatkan semua hadits-haditsnya. Berikut terdapat nukilan yang sangat penting daripada Imam al-Bukhari rahimahullah sebagaimana yang disebutkan oleh at-Tirmidzi di dalam kitab al-‘Illal al-Kabir:

“Aku bertanya kepada Nabi Muhammad saw (al-Bukhari) tentang Daud B. ‘Abdillah yang meriwayatkan hadits daripada Ibnu Jud’an, beliau berkata: “Ia adalah perawi muqaribul Hadits”. Nabi Muhammad saw (yaitu al-Bukhari) berkata: “‘Abdul Karim Abu Umayyah muqaribul Hadits” dan Abu Ma’syar al-Madiini Najih maula Bani Hasyim adalah perawi dhaif, aku tidak meriwayatkan satu hadits pun daripadanya dan aku tidak menulis haditsnya. Setiap perawi yang aku tidak dapat memilih sama ada shahih atau dhaif haditsnya, maka aku tidak meriwayatkan daripadanya dan aku tidak menulis haditsnya. Aku tidak menulis hadis Qais B. ar-Rabi’.” (Rujuk: at-Tirmidzi, al-‘Illal al-Kabir, 2/978. Dan Hamzah Adib, as-Saamiraa’i, m/s. 394. Dinukil dari: Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 29)

Berkenaan kritikan terhadap Hisyam B. ‘Ammar, Imam adz-Dzahabi rahimahullah menjelaskan di ketika menyebut biografinya:

قَالَ أَبُو بَكْرٍ المَرُّوْذِيُّ: ذَكَرَ أَحْمَدُ بنُ حَنْبَلٍ هِشَامَ بنَ عَمَّارٍ، فَقَالَ: طَيَّاشٌ، خَفِيْفٌ

Berkata Abu Bakr al-Marwadzi: Ahmad B. Hanbal (Imam Ahmad) mengulas Hisyam B. ‘Ammar dengan katanya: “Orang yang kurang akal, lemah.”

Aku katakan (Imam adz-Dzahabi):

أَمَّا قَوْلُ الإِمَامِ فِيْهِ: طَيَّاشٌ، فَلأَنَّهُ بَلَغَهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ فِي خُطبَتِهِ: الحَمْدُ للهِ الَّذِي تَجَلَّى لِخَلْقِهِ بِخَلْقِهِ. فَهَذِهِ الكَلِمَةُ لاَ يَنْبَغِي إِطْلاَقُهَا، وَإِنْ كَانَ لَهَا مَعْنَىً صَحِيْحٌ، لَكِنْ يَحْتَجُّ بِهَا الحُلُوْلِيُّ وَالاتِّحَادِيُّ. وَمَا بَلَغَنَا أَنَّه سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى تَجَلَّى لِشَيْءٍ إِلاَّ بَجَبَلِ الطُّورِ، فَصَيَّرَهُ دَكّاً. وَفِي تَجَلِّيْهِ لِنَبِيِّنَا -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- اخْتِلاَفٌ أَنكَرَتْهُ عَائِشَةُ، وَأَثْبَتَهُ ابْنُ العَبَّاسِ. وَبِكُلِّ حَالٍ: كَلاَمُ الأَقْرَانِ بَعْضُهُم فِي بَعْضٍ يُحتَمَلُ، وَطَيُّهُ أَوْلَى مِنْ بَثِّهِ، إِلاَّ أَنْ يَتَّفِقَ المُتَعَاصِرُوْنَ عَلَى جَرْحِ شَيْخٍ، فَيُعْتَمَدُ قَوْلُهُم - وَاللهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Adapun perkataan Imam Ahmad tentangnya: “Kurang akal” adalah disebabkan telah sampai kepada beliau bahwa Hisyam berkata dalam khuthbahnya:

“Segala puji bagi Allah Ta’ala yang muncul kepada makhluk-Nya melalui makhluk-Nya.”

Ucapan seperti ini tidak sepatutnya dilontarkan, walaupun maknanya benar. Akan tetapi, kaum hululiyah dan wehdatul wujud berhujjah dengan ucapan ini. Tiada nukilan yang sampai kepada kita bahawa Allah Ta’ala muncul kepada sesuatu melainkan kepada gunung Thursina dan menjadikannya hancur berderai. Dan berkenaan munculnya Allah Ta’ala kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam masih diperselisihkan dan telah diingkari oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dan ditetapkan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Namun kesimpulannya, perkataan di antara ulama yang setaraf boleh jadi mungkin benar, dan mungkin salah. Tidak membukanya lebih baik daripada menyebarkannya. Hanya sahaja, apabila para ulama yang sezaman telah sepakat atas kedhaifan seseorang perawi, maka perkataan mereka boleh dijadikan pegangan, Wallahu a’lam... (Rujuk: adz-Dzahabi, Siyar ‘Alam an-Nubala’, 11/427 dan 432)

Berikut disebutkan mutaba’ah (sokongan/penguat) Hisyam bin ‘Ammar dan Shodaqah bin Khalid:

Hadits Hisyam bin ‘Ammar (dan gurunya: Shodaqah bin Khalid) yang muttashil sahih (bersambung dan sahih) tersebut juga mempunyai mutaba’ah dari ‘Abdul Wahhab bin Najdah daripada Bisyr bin Bakr. Riwayat tersebut terdapat dalam Sunan Abi Dawud secara muttashil (bersambung) sebagaimana berikut:

حدثنا عبد الوهاب بن نجده ثنا بشر بن بكر عن عبد الرحمن بن يزيد بن جابر ثنا عطية بن قيس قال سمعت عبد الرحمن بن غنم الأشعري قال حدثني أبو عامر أو أبو مالك والله يمين أخرى ما كذبني أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الخز والحرير وذكر كلاما قال يمسخ منهم آخرون قردة وخنازير إلى يوم القيامة

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdil Wahhab bin Najdah: Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr, daripada ‘Abdirrahman bin Yazid bin Jabir: Telah menceritakan kepada kami ‘Athiyyah bin Qais, beliau berkata: Aku mendengar ‘Abdurrahman bin Ghunm al-Asy’ary beliau berkata: Telah menceritakan kepadaku: Abu ‘Amir atau Abu Malik demi Allah beliau tidak membohongiku bahawasannya ia telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan zina, sutera - (perawi berkata): “dan beliau menyebutkan satu perkataan”. Kemudian Nabi shallallaahu ‘alaihi wa Sallam meneruskan: “Sebahagian daripada mereka yang lain diubah menjadi kera dan babi sehingga hari kiamat.”

Susunan sanad hadis tersebut adalah:

- ‘Abdul Wahhab bin Najdah

- Bisyr bin Bakr

- ‘Abdurrahman bin Yazid bin Jabir

- ‘Athiyyah bin Qais

- ‘Abdurrahman bin Ghunm

- Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ary

- Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Hadits di atas tidak menyebutkan lafaz/perkataan “al-ma’azif” (alat-alat musik). Tetapi telah disebutkan oleh perawi dengan lafaz: “dan beliau menyebutkan satu perkataan” {وذكر كلاما}. Makna perkataan ini dijelaskan di dalam riwayat yang lain oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Taghliqut Ta’liq dan al-Isma’ili dalam al-Mustakhraj daripada ‘Abdurrahman bin Ibrahim yang ia dikenali dengan ad-Duhaim. ad-Duhaim berkata: Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Jabir, daripada ‘Athiyyah, dan seterusnya {ثنا بشر هو ابن بكر ثنا ابن جابر عن عطية بن قيس ... }. Kemudian menyebutkan hadits:

... يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف

“... Yang menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), alat-alat muzik (al-ma’azif)”.

Mutaba’ah (sokongan) yang lain adalah ‘Isa bin Ahmad al-‘Asqalani yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyqi (19/196) daripada al-Hafiz Abi Sa’id al-Haitsam B. Kulaib asy-Syaasyii daripadanya (‘Isa B. Ahmad al-‘Asqalani).

Untuk mutaba’ah seterusnya tentang Athiyah B. Qais (yang dinyatakan ketsiqahannya oleh seluruh hafiz hadis yang menulis biografinya) dan Ibrahim B. ‘Abdil Hamid B. Dzi Himayah, Syaikh al-Albani telah menjelaskannya secara panjang lebar dalam rangka menjawab dakwaan daripada mereka yang cuba melemahkan hadis ini dari pelbagai sudut. Silakan merujuk kepada buku Tahrim Alat ath-Tharb, susunan Syaikh al-Albani rahimahullah.

Syaikh al-Albani telah memberi komentar kepada mereka yang bersusah-payah dan berusaha keras mau melemahkan hadits ini dengan katanya:

لقد فضح نفسه مضعف الأحاديث الصحيحة المشار إليه آنفا في تصديه لتضعيف حديث البخاري هذا من جميع طرقه ومتابعاته بأساليب ملتوية عجيبة لا تصدر ممن يخشى الله أو على الأقل يستحي من الناس فقد ظهر فيها مينه وتدليسه ومخالفته للقواعد العلمية وأحكام النقاد من حفاظ الأمة وإيثاره لجهله على علمهم

Orang-orang yang melemahkan hadits-hadits shahih yang disebut tadi sebenarnya telah menyebarkan aibnya sendiri dengan secara nekat melemahkan hadits al-Bukhari ini dengan setiap jalur riwayat dan riwayat-riwayat yang menyertainya dengan menggunakan berbagai ungkapan yang menyimpang dan aneh, yang tidak mungkin keluar dari mulut orang yang takut kepada Allah, atau setidak-tidaknya malu di hadapan orang ramai. Dalam ungkapannya tersebut sangat jelas pembohongan dan penyelewengannya ke atas kaedah-kaedah ilmiyah serta prinsip para pengkritik dari kalangan penghafal (hafiz) hadis umat ini. Ia lebih mendahulukan kejahilannya daripada ilmu para ulama... (al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 43)

Ibnu Hazm juga berpendapat bahawa hadis ini mudhtharib dari sisi matan (teksnya) kerana beberapa alasan:

أخرجه البخاري في صحيحه بلفظة "يستحلون" في "التاريخ" بدونها

Pertama: Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shohihnya dengan lafaz: “Yastahilluuna” (menghalalkan), manakala dalam Kitab Tarikhnya pula tanpa lafaz tersebut.

ذكره أحمد وابن أبي شيبة وغيرهما بلفظ "ليشربن أناس من أمتي الخمر..

Kedua: Imam Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah serta yang lainnya meriwayatkannya dengan lafaz: “Layasyrabanna unaasun min ummati al-khamr”.

جاء فيه "يستحلون الحر" فقيل: "الحر" بالحاء والراء المهملتين، بل بالخاء والزاي المعجمتين

Ketiga: Disebutkan di dalamnya lafaz: “Yastahilluunal hira” dikatakan bahawa lafaz ini dibaca dengan huruf haa’ dan raa’ tanpa titik, dan diriwayatkan juga dengan huruf khaa’ dan zay dengan titik.

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari mengeluarkan bantahannya kepada pendapat tersebut dengan katanya:

لا يمكن أن نقرر الاضطراب إلا إذا تكافأت الوجوه. لا يمكن تقرير اضطراب الحديث إلا إذا تكافأت الوجوه المختلفة من حيث القوة، ولا يمكن الترجيح أو الجمع بين طرقها، والحديث الذي بين أيدينا ليس كذلك، فإن كل ما أورد فيه ممكن فيه الجمع أو الترجيح، وأقل مايقال في هذا: أن هذا اللفظ زيادة عن ثقة ليس لها معارض فوجب قبولها، ثم أن البخاري رحمه الله لم يعنَ في كتابه "التاريخ" بمتون الأحاديث لأنه ليس هو مقصود الكتاب، فكم من حديث مختصره، فلا يورد منها إلا طرفاً يسيراً، ثم إن الرواية باللفظ المذكور فليست تقابل في قوتها رواية "يستحلون" والله أعلم

Tidak mungkin kita nyatakan hadits ini sebagai mudhtharib melainkan sekiranya semua riwayat yang saling bertentangan itu sama kuatnya. Dan tidak mungkin dilakukan tarjih dan penggabungan jalur-jalur sanadnya.

Hadits yang kita bahas ini tidaklah demikian. Kerana seluruh kontroversi yang ditimbulkan tersebut boleh ditarjih (dipilih mana yang paling tepat) atau digabungkan. Sekurang-kurangnya kita katakan: Lafaz tersebut merupakan tambahan daripada perawi tsiqah yang tidak bertentangan, maka wajib diterima. Kemudiannya Imam al-Bukhari tidak begitu mengutamakan persoalan matan dalam kitab Tarikh-nya. Kerana bukan itu yang menjadi fokus kitab tersebut. Berapa banyak hadis yang diringkaskan lafaznya, beliau hanya mencantumkan sekadar keratan kecilnya sahaja. Kemudian riwayat dengan lafaz tersebut tidak sama kekuatannya dengan riwayat yang memiliki lafaz: “Yastahilluuna”, wallahu a’lam. (Ahmad B. Hussein, an-Nuur al-Kaasaf fii Bayan Hukum al-Ghinaa’ wa al-Ma’azif, m/s. 28)

2 – Pendalilan daripada hadits ‘Aisyah yang menunjukkan ada dua anak-anak perempuan kecil yang menyanyi dan menabuh duff (rebana/kompang) di ketika hari raya (‘Ied):

دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وعندي جاريتان تغنيان بغناء بعاث فاضطجع على الفراش وحول وجهه ودخل أبو بكر فانتهرني وقال مزمارة الشيطان عند النبي صلى الله عليه وسلم فأقبل عليه رسول الله عليه السلام فقال دعهما فلما غفل غمزتهما فخرجتا وكان يوم عيد يلعب السودان بالدرق والحراب فإما سألت النبي صلى الله عليه وسلم وإما قال تشتهين تنظرين فقلت نعم فأقامني وراءه خدي على خده وهو يقول دونكم يا بني أرفدة حتى إذا مللت قال حسبك قلت نعم قال فاذهبي

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki rumahku ketika aku sedang bersama-sama dua orang anak-anak perempuan yang sedang mendendangkan nyanyian Bu’ats (Bu’ats: nyanyian yang diambil daripada syair berkaitan peperangan dan motivasi dengan diiringi duff). Lalu beliau berbaring dan mengarahkan wajahnya ke arah lain. Kemudian Abu Bakar masuk dan memukulku lalu berkata: “Ada seruling syaitan didengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”. Lalu Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menghadapkan wajahnya kepada Abu Bakar dan bersabda: “Biarkan saja mereka berdua”. Ketika Abu Bakar terleka, aku pun mencubit kedua-dua anak-anak perempuan tersebut dan mereka pun lalu keluar/pergi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/6, no. 897)

Pada riwayat yang lain berkaitan hadits ini disebutkan (daripada ‘Aisyah):

يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

“Rasulullah saw bersabda: Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan ini adalah hari raya kita.” (Hadits Riwayat al-Bukhari, 4/9, no. 899)

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ فِي أَيَّامِ مِنَى تُدَفِّفَانِ وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ أَيَّامُ مِنًى

“Bahwasanya Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu masuk menemuinya (‘Aisyah) di mana di sisinya ada dua orang anak-anak perempuan yang sedang memukul duff (kompang) pada hari Mina. Adapun Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada ketika itu sedang dalam keadaan menutup wajah dengan bajunya. Ketika melihat keadaan tersebut, maka Abu Bakar pun menegur kedua-dua anak-anak perempuan tadi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian membuka bajunya yang menutup wajahnya seraya berkata:

“Biarkan mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya Mina.” Pada ketika itu adalah hari-hari Mina.” (Hadits Riwayat al-Bukhari, 4/66, no. 934)

Hadits ini menunjukkan bahwa dibenarkan mendengar nyanyian yang dinyanyikan oleh anak-anak perempuan pada hari raya (‘Eid). Berikut penjelasannya daripada para ulama.

Abu Thayyib Ath-Thobari menyatakan:

هذا الحديث حجتنا، لأن أبا بكر سمى ذلك مزمور الشيطان، ولم ينكر النبي صلى الله عليه وسلم على أبي بكر قوله، وإنما منعه من التغليظ في الإنكار لحسن رفقته، لا سيما في يوم العيد، وقد كانت عائشة رضي الله عنها صغيرة في ذلك الوقت، ولم ينقل عنها بعد بلوغها وتحصيلها إلا ذم الغناء، وقد كان ابن أخيها القاسم بن محمد يذم الغناء ويمنع من سماعه، وقد أخذ العلم عنها

“Hadits tersebut (yaitu hadits ‘Aisyah di atas) merupakan hujjah bagi kami. Ini adalah karena disebabkan Abu Bakar menamakannya sebagai seruling syaitan, dan perkataan ini tidak diingkari oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan beliau hanya melarang Abu Bakar supaya tidak bersikap keras (berlebihan) dalam mengingkarinya atas sifat lemah-lembut Nabi saw terhadap mereka, terutama pada hari ‘Ied. Apalagi ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha masih kecil (anak-anak) pada ketika itu. Dan tidaklah dinukil sebarang kisah (berkaitan) daripadanya setelah ia baligh dan dewasa melainkan celaannya terhadap nyanyian. Sepupu beliau yang bernama al-Qaasim bin Muhammad mencela nyanyian dan melarang untuk mendengarnya. Dan al-Qasim telah mengambil ilmu daripada ‘Aisyah.” (Rujuk: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, 212)

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) berkata:

والظاهر من هاتين الجاريتين صغر السن لأن عائشة كانت صغيرة وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يسرب إليها الجواري فيلعبن معها - ثم ذكر بسنده عن أحمد بن حنبل أنه سئل أي شيء هذا الغناء قال غناء الركب : أتيناكم أتيناكم

Terjemahan: “Secara zahirnya, dapat dilihat bahawa kedua kanak-kanak perempuan tersebut masih kecil dan ‘Aisyah juga masih kecil. Rasulullah saw membolehkan gadis-gadis kecil menemaninya dan bermain bersamanya, kemudian ia menyebutkan sanadnya dari Ahmad bin Hambal bahawa ia ditanya tentang jenis nyanyian ini, ia berkata: “Nyanyian sambutan: Kami datang, kami datang!” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 201)

Kemudian beliau berkata lagi dalam kitab yang sama di lembaran yang seterusnya:

أما حديث عائشة رضي الله عنها فقد سبق الكلام عليهما وبينا أنهم كانوا ينشدون الشعر وسمي بذلك غناء لنوع يثبت في الإنشاد وترجيع ومثل ذلك لا يخرج الطباع عن الاعتدال وكيف يحتج بذلك في الزمان السليم عند قلوب صافية على هذه الأصوات المطربة الواقعة في زمان كدر عند نفوس قد تملكها الهوى ما هذا إلا مغالطة للفهم أوليس قد صح في الحديث عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت لو رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم ما أحدث النساء لمنعهن المساجد . وإنما ينبغي للمفتي أن يزن الأحوال كما ينبغي للطبيب أن يزن الزمان والسن والبلد ثم يصف على مقدار ذلك وأين الغناء بما تقاولت به الأنصار يوم بعاث من غناء أمرد مستحسن بآلات مستطابة وصناعة تجذب إليها النفس وغزليات يذكر فيها الغزال والغزالة والخال . والخد والقد والاعتدال . فهل يثبت هناك طبع؟ هيهات بل ينزعج شوقا إلى المستلذ ولا يدعي أنه لا يجد ذلك إلا كاذب أو خارج عن حد الآدمية

Terjemahan: “Adapun hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha telah disebutkan penjelasan tentangnya, yaitu yang dinyanyikan oleh kedua gadis kecil itu adalah syair lalu disebut sebagai nyanyian, karena terdapat unsur-unsur nasyid dan irama di dalamnya. Hanya saja nyanyian seperti itu tidak mengeluarkan dari tabiat keseimbangannya. Lalu bagaimana mungkin untuk disamakan di antara syair pada masa yang aman oleh hati yang suci dengan suasana muzik yang begitu keras pada masa sekarang dan dimainkan oleh jiwa yang dipenuhi hawa nafsu. Jelas ini merupakan sebuah salah faham. Bukankah telah sahih dalam sebuah hadis daripada ‘Aisyah bahwa beliau berkata:

“Kalaulah Rasulullah saw tahu apa yang dilakukan oleh kaum wanita, tentu beliau akan melarang mereka pergi ke masjid.”

Hendaklah seseorang mufti memperhatikan keadaan yang ada sama seperti seorang tabib yang memperhatikan keadaan zaman, usia, dan negeri kemudian barulah menyebutkan kadar ubatnya. Tentu tidak sama di antara nyanyian yang dilantunkan oleh kaum Anshar pada hari Bu’ats dengan nyanyian para amrad (budak lelaki kecil yang belum tumbuh janggut) yang molek dengan alat-alat muzik yang menggerakkan jiwa serta puisi-puisi cinta dan percintaan, penyebutan sifat pipi, rupa paras dan lekuk tubuh. Adakah perkara seperti itu dapat meluruskan fitrah/tabi’i? Sungguh sangat jauh perbezaannya. Bahkan jiwa semakin terangsang untuk meraih kenikmatan. Tidak ada orang yang mendakwa selain itu melainkan orang yang dusta atau telah keluar dari batas fitrah kemanusian.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 211-212)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam Kitab Syarah Shahih Muslim (Syarah an-Nawawi atas Sahih Muslim (6/182)):

القاضي إنما كان غناؤهما بما هو من أشعار الحرب والمفاخرة بالشجاعة والظهور والغلبة وهذا لا يهيج الجواري على شر ولا انشادهما لذلك من الغناء المختلف فيه وإنما هو رفع الصوت بالانشاد ولهذا قالت وليستا بمغنيتين أي ليستا ممن يتغنى بعادة المغنيات من التشويق والهوى والتعريض بالفواحش والتشبيب بأهل الجمال وما يحرك النفوس ويبعث الهوى والغزل كما قيل الغنا فيه الزنى وليستا أيضا ممن اشتهر وعرف باحسان الغناء الذي فيه تمطيط وتكسير وعمل يحرك الساكن ويبعث الكامن ولا ممن اتخذ ذلك صنعة وكسبا والعرب تسمى الانشاد غناء

al-Qadhi berkata: “Nyanyian yang dilantunkan oleh kedua anak-anak perempuan tersebut adalah syair-syair peperangan, menyemarakkan rasa keberanian, kejayaan, dan kemenangan. Syair seperti ini tentu tidak membawa kanak-kanak perempuan tersebut kepada kerosakan, dan tidak termasuk nyanyian yang diperselisihkan hukumnya. Namun hanya sekadar melagukan syair dengan suara keras. Oleh sebab itulah ‘Aisyah menyatakan bahwa keduanya bukanlah penyanyi. Iaitu keduanya tidak bernyanyi sebagaimana kebiasaan para penyanyi, iaitu membangkitkan rasa rindu, hawa nafsu dan menyebut-nyebut perkara keji dan sifat gadis-gadis cantik yang berupaya menggerakan jiwa dan membangkitkan hawa nafsu serta rasa cinta. Sebagaimana dikatakan nyanyian adalah saluran zina. Dan keduanya bukan pula termasuk orang yang masyhur atau dikenali pandai menyanyi, yaitu pandai memanipulasikan suara dan membangkitkan ghairah orang yang diam dan menyemarakkan sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Dan bukan pula orang yang menjadikannya sebagai pekerjaan, sebagaimana halnya orang-orang Arab menyebut nasyid (syair) sebagai nyanyian.”

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

ففي هذا الحديث بيان أن هذا لم يكن من عادة النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه الاجتماع عليه، ولهذا سماه الصديق أبو بكر رضي الله عنه مزمور الشيطان، والنبي صلى الله عليه وسلم أقرّ الجواري عليه معللا ذلك بأنه يوم عيد والصغار يرخص لهم في اللعب في الأعياد، كما جاء في الحديث: ليعلم المشركون أن في ديننا فسحة، وكما كان يكون لعائشة لعب تلعب بهن، وتجيء صواحباتها من صغار النسوة يلعبن معها

“Dalam hadits ini mengandungi penjelasan bahawasannya perkara tersebut (mendengar nyanyian dan seruling) bukanlah kebiasaan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya, yaitu berkumpul padanya (untuk mendengarnya). Oleh sebab itu, Abu Bakar ash-Shiddiq menyebutkannya sebagai seruling syaitan. Dan dalam waktu yang sama, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyetujui apa yang dilakukan oleh kanak-kanak perempuan kecil tersebut dengan alasan bahawa hari tersebut adalah hari ‘Ied (hari raya). anak-anak kecil diberikan keringanan (rukhshah) untuk bernyanyi dan bermain-main sebagaimana tercantum dalam hadits: “Supaya orang-orang musyrik mengetahui bahawa dalam agama kita terdapat keluasan”. Sebagaimana juga ‘Aisyah memiliki permainan yang ia gunakan untuk bermain (anak patung), dan kemudian diajak anak-anak kecil perempuan untuk bermain bersamanya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 11/566)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan:

فلم ينكر صلى الله عليه و سلم على أبي بكر تسميته الغناء ( مزمار الشيطان ) وأقرهما لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب الذي قيل في يوم حرب بعاث من الشجاعة والحرب وكان اليوم يوم عيد

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak menafikan perkataan Abu Bakar bahwa nyanyian adalah seruling syaitan, dan dalam masa yang sama beliau membenarkan kedua kanak-kanak perempuan tersebut disebabkan keduanya masih belum dibebankan dengan beban syari’at. Mereka menyanyikan lagu-lagu badwi yang dinyanyikan ketika perang Bu’ats, yang menggambarkan keberanian dan semangat berperang. Dan kemudiannya hari tersebut adalah pada hari ‘Ied. (Ibnul Qayyim, Ighasatul Lahfan, m/s. 257)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

ففيه تعليل الأمر بتركهما وإيضاح خلاف ما ظنه الصديق من أنهما فعلتا ذلك بغير علمه صلى الله عليه و سلم لكونه دخل فوجده مغطى بثوبه فظنه نائما فتوجه له الإنكار على ابنته من هذه الأوجه مستصحبا لما تقرر عنده من منع الغناء واللهو فبادر إلى إنكار ذلك قياما عن النبي صلى الله عليه و سلم بذلك مستندا إلى ما ظهر له فأوضح له النبي صلى الله عليه و سلم الحال وعرفه الحكم مقرونا ببيان الحكمة بأنه يوم عيد أي يوم سرور شرعى فلا ينكر فيه مثل هذا كما لا ينكر في الاعراس

Terjemahan: Di dalam hadits tersebut terdapat alasan dan penjelasan yang bertolak belakang dengan apa yang dijangkakan oleh ash-Shiddiq (Abu Bakar), bahwasannya mereka berdua (yaitu dua anak-anak kecil yang bernyanyi) melakukannya tanpa pengetahuan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini disebabkan, ketika Abu Bakar masuk, ia melihat beliau (Nabi saw) dalam keadaan berselimut pakaiannya yang ia sangka sedang tidur. Maka Abu Bakar pun cuba melarangnya berdasarkan apa yang ia fahami secara zahir daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (akan larangan perkara tersebut). Maka kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan perkara tersebut kepadanya, dan memberitahu tentang hukum yang berhubung dengan hikmah yang terkandung dalam hari ‘Ied, yaitu: kegembiraan yang disyari’atkan. Maka, tidaklah perkara tersebut diingkari sebagaimana ianya juga tidak dilarang (ditegah) ketika majelis pernikahan. (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

من تعاليم النبي صلى الله عليه و سلم وأحاديثه كثيرة في تحريم الغناء وآلات الطرب ( ثم ذكرت بعض مصادرها المتقدمة ثم قلت : ) لو لا علم أبي بكر بذلك وكونه على بينة من الأمر ما كان له أن يتقدم بين يدي النبي صلى الله عليه و سلم وفي بيته بمثل هذا الإنكار الشديد غير أنه كان خافيا عليه أن هذا الذي أنكره يجوز في يوم عيد فبينه له النبي صلى الله عليه و سلم بقوله: دعهما يا أبا بكر فإن لكل قوم عيدا وهذا عيدنا " فبقي إنكار أبي بكر العام مسلما به لإقراره صلى الله عليه و سلم إياه ولكنه استثنى منه الغناء في العيد فهو مباح بالمواصفات الواردة في هذا الحديث

Terjemahan: Dari pelajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan hadits-hadits beliau saw yang banyak menetapkan haramnya nyanyian dan alat muzik (kemudian aku menyebutkan beberapa rujukan terdahulu, lalu meneruskan). Sekiranya bukan kerana Abu Bakar telah mengetahui hukum tersebut, dan sekiranya bukan disebabkan beliau telah memahami persoalan ini, tidak mungkin beliau berani mendahului Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melakukan tegahan yang tegas tersebut. Hanya disebabkan Abu Bakar belum mengetahui bahawa perbuatan (nyanyian dengan duff) yang dilarang itu sebenarnya dibolehkan pada hari ‘Ied (hari raya). Maka, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan kepadanya dengan perkataan beliau:

“Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar. (Kerana) setiap kaum memiliki Hari Raya, dan sekarang adalah hari raya kita.”

Sehingga tegahan Abu Bakar yang bersifat umum tersebut tetap diterima, disebabkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyetujuinya, namun beliau memberi pengecualian untuk Hari ‘Ied, kerana pada ketika itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu yang disebutkan dalam hadits. (al-Albani, Tahrim alat ath-Tharb, m/s. 109)

Beliau (al-Albani) turut menyebutkan bahwa terdapat hadits-hadits yang dengan tegas mengharamkan gambar-gambar berupa makhluk bernyawa (termasuk patung). Tetapi larangan (keharaman) tersebut dikecualikan untuk anak-anak perempuan kecil bermain dengannya (anak patung).

Perkara ini juga turut disebutkan oleh Ibnu Hazm rahimahullah:

وجائز للصبايا خاصة اللعب بالصور ولا يحل لغيرهن

Terjemahan: Bagi anak-anak perempuan kecil secara khusus, dibolehkan bermain-main dengan anak patung, namun tidak dibenarkan untuk selain mereka. (al-Muhalla, 10/75)

Maka, begitu jugalah dengan soal nyanyian ini. Secara umumnya ia adalah haram, tetapi dikhususkan keharusannya untuk anak-anak perempuan (bukan untuk lelaki atau orang dewasa), alat muzik yang dibenarkan adalah rebana tidak lebih dari itu, khusus pada hari raya dan majelis pernikahan (walimah), dan di dalam nyanyian tersebut tidak mengandung kata-kata yang terlarang atau maksiat.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah memberi komentar berkenaan lelaki yang bermain muzik, dengan katanya:

وَلَمَّا كَانَ الْغِنَاءُ وَالضَّرْبُ بِالدُّفِّ وَالْكَفِّ مِنْ عَمَلِ النِّسَاءِ كَانَ السَّلَفُ يُسَمُّونَ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْ الرِّجَالِ مُخَنَّثًا وَيُسَمُّونَ الرِّجَالَ لْمُغَنِّينَ مَخَانِيث وَهَذَا مَشْهُورٌ فِي كَلَامِهِمْ

Terjemahan: (Setelah difahami) Bahwasanya bernyanyi, bermain rebana, dan bertepuk tangan adalah perbuatan yang dikhususkan untuk perempuan (anak-anak), maka para salaf (ulama generasi awal) telah menamakan para lelaki yang melakukan perkara tersebut sebagai pondan, dan mereka menamakan penyanyi lelaki dengan pondan, dan ini adalah perkataan yang masyhur daripada mereka. (Majmu’ al-Fatawa, 11/565-566)

Berkenaan dalil dibenarkan mendengar nyanyian anak-anak perempuan di ketika majelis walimah, di antaranya adalah sebagaimana atsar berikut:

عن عامر بن سعد قال: دخلت على قرظه بن كعب وأبي مسعود الأنصاري في عرس وإذا جوار يغنين فقلت أنتما صاحبا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومن أهل بدر يفعل هذا عندكم فقال اجلس إن شئت فاسمع معنا وإن شئت اذهب قد رخص لنا في اللهو عند العرس

Daripada ‘Amir bin Sa’d, beliau berkata: Aku masuk menemui Quradhah bin Ka’b dan Abu Mas’ud al-Anshory radhiyallahu ‘anhuma dalam satu majlis pernikahan yang di mana situ terdapat anak-anak perempuan yang sedang menyanyi. Maka aku berkata: “Kamu berdua adalah sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan termasuk ahli Badr. Dan perkara ini dilakukan di sisi kamu berdua?”

Maka salah seorang dari mereka menjawab: “Duduklah sekiranya engkau mahu dan dengarlah bersama kami. Atau pergilah sekiranya engkau mahu. Sebenarnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan rukhshah (keringanan) kepada kami mendengar hiburan di ketika majlis pernikahan.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 11/50 no. 3330. Al-Hakim, 2/201, no. 2752. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 4/192, no. 16662. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata: Disahihkan oleh al-Hakim dan ath-Thabrani, Fathul Bari, 9/226)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani turut menyebutkan bahawa:

اعلان النكاح بالدف وبالغناء المباح

Mengumumkan pernikahan dengan duff (kompang) dan nyanyian adalah dibenarkan. (Fathul Bari, 9/203)

Dengan ini jelaslah bahawa hadits-hadits yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalalkan nyanyian secara umum, sebenarnya hadis-hadis tersebut bersifat khusus yang membenarkan nyanyian untuk waktu majlis pernikahan atau ketika hari raya, dan yang menyanyikannya adalah anak-anak wanita. Dan alat muzik yang dibenarkan adalah kompang/rebana.

Manakala keumuman dalam perkara musik ini, ianya adalah haram. Ditunjukkan keharamannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih di atas kefahaman para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah dari era awal Islam lagi.

Terdapat sebagian pihak yang membenarkan nyanyian dan musik dengan berdalilkan hadits Buraidah radhiyallahu ‘anhu:

ان أمة سوداء أتت رسول الله صلى الله عليه وسلم ورجع من بعض مغازيه فقالت انى كنت نذرت ان ردك الله صالحا ان أضرب عندك بالدف قال ان كنت فعلت فافعلي وان كنت لم تفعلي فلا تفعلي فضربت فدخل أبو بكر وهى تضرب ودخل غيره وهى تضرب ثم دخل عمر قال فجعلت دفها خلفها وهى مقنعة فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ان الشيطان ليفرق منك يا عمر أنا جالس ها هنا ودخل هؤلاء فلما ان دخلت فعلت ما فعلت

“Bahwasannya ada seorang hamba wanita hitam yang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika beliau pulang dari sebuah peperangan. Maka hamba tersebut berkata kepada beliau saw :

“Sesungguhnya aku pernah bernadzar untuk memukul rebana di sisimu sekiranya Allah mengembalikanmu dalam keadaan selamat.” Beliau saw berkata:

“Jika engkau telah bernadzar, maka lakukanlah. Dan sekiranya engkau belum bernadzar, maka jangan lakukannya.” Maka dia pun mula memukulnya.

Lalu Abu Bakar masuk, dan beliau masih tetap memukulnya. Kemudian masuk pula sahabat yang lain, dan beliau masih memukulnya. Lalu ‘Umar masuk, maka dia pun segera menyembunyikan rebananya tersebut di sebalik punggungnya sambil menutupi dirinya. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

“Sesungguhnya syaitan benar-benar takut kepadamu wahai ‘Umar. Aku duduk di sini dan mereka ini masuk. Ketika engkau pula masuk, maka ia pun melakukan apa yang ia lakukan tadi.” (Hadits Riwayat Ahmad, 38/93, no. 22989. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya kuat daripada al-Husain. Dinyatakan oleh al-Albani: Isnadnya shahih di atas syarat Muslim, as-Silsilah ash-Shohihah, 4/183)

Yang sebenarnya dalam hadits Buraidah ini terdapat indikasi/isyarat yang menunjukkan tentang hukum asal haramnya musik. Isyarat yang dimaksudkan adalah:

ان كنت فعلت فافعلي وان كنت لم تفعلي فلا تفعل

“Sekiranya engkau telah bernadzar, lakukanlah. Dan sekiranya engkau belum bernadzar, maka jangan lakukan.”

Perkataan tersebut menunjukkan bahwa pada asalnya perbuatan tersebut adalah tidak dibenarkan. Perkataan ini menunjukkan bahwa sebenarnya beliau tidak mau mendengarnya. Tetapi kemudian beliau membenarkannya karena hamba wanita tersebut telah menadzarkannya karena merasa sangat gembira dengan kepulangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari peperangan dengan keadaan selamat. Beliau pun membenarkan nadzar hamba perempuan tersebut yang pada asalnya tidak dibenarkan sebagai satu bentuk kekhususan bagi dirinya yang tidak boleh dilakukan bagi selain daripada dirinya.

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

وقد يُشكل هذا الحديث على بعض الناس، لأن الضرب بالدف معصية في غير النكاح والعيد، والمعصية لا يجوز نذرها ولا الوفاء بها. والذي يبدو لي في ذلك أن نذرها لما كان فرحا منها بقدومه عليه السلام صالحا منتصرا، اغتفر لها السبب الذي نذرته لإظهار فرحها، خصوصية له صلى الله عليه وسلم دون الناس جميعا، فلا يؤخذ منه جواز الدف في الأفراح كلها، لأنه ليس هناك من يُفرح به كالفرح به صلى الله عليه وسلم، ولمنافاة ذلك لعموم الأدلة المحرمة للمعازف والدفوف وغيرها، إلا ما استثني كما ذكرنا آنفا

“Hadits ini telah menimbulkan kekeliruan bagi sebagian pihak karena memukul duff (rebana/kompang) selain dari waktu pernikahan dan hari raya adalah kemaksiatan. Dan kemaksiatan itu tidak dibenarkan dijadikan nadzar dan ditunaikan. Maka yang jelas bagiku, nadzar yang dilakukan oleh hamba perempuan tersebut adalah disebabkan kegembiraan karena kepulangan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam keadaan selamat, sihat, dan menang. Nabi pun memaafkan penyebab nadzarnya itu untuk kegembiraan tersebut. Perkara ini adalah sebagai salah satu bentuk kekhususan bagi beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bukan untuk seluruh manusia. Sehingga tidak boleh dijadikan dalil bolehnya memukul rebana di setiap kegembiraan. Sebab, tidak ada yang lebih menggembirakan daripada kegembiraan yang disebabkan datangnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (as-Silsilah ash-Shohiihah, 4/142 dan Tahrim Alat ath-Tharb, 124)

3 – Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi dalam Sunannya:

عن عمران بن حصين أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في هذه الأمة خسف ومسخ وقذف فقال رجل من المسلمين يا رسول الله ومتى ذاك قال إذا ظهرت القينات والمعازف وشربت الخمور

Daripada ‘Imran B. Hushain: Bahwasannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Akan ada di kalangan umatku ini nanti bumi yang ditenggelamkan, hujan batu, dan kutukan sehingga diubah menjadi makhluk lain.” Maka berkata seorang lelaki di antara kaum muslimin (iaitu dari kalangan sahabat Nabi): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah perkara tersebut boleh terjadi?” Beliau menjawab:

“Ya, sekiranya telah muncul banyak penyanyi perempuan, alat-alat musik, dan khamr (arak) telah diminum.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi: Shohih Sunan at-Tirmidzi, 5/212, no. 2212. Ibnu Abid-Dunya, Dzammul Malaahy, 1/2. Abu ‘Amru ad-Daani, as-Sunanul-Waaraditau fil Fitan, 39/1, 40/2. Dan Ibnun Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, 18/252)

Imam at-Tirmidzi menyatakan: Hadis tersebut dengan perkataannya:

وقد روي هذا الحديث عن الأعمش عن عبد الرحمن بن سابط عن صلى الله عليه وسلم مرسل وهذا حديث غريب

“Hadits ini telah diriwayatkan daripada al-A’masy daripada ‘Abdirrahman B. Saabith daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara mursal. Dan hadis ini adalah hadis gharib”.

Hadis di atas semua perawinya tsiqah, kecuali ‘Abdullah B. ‘Abdil Quddus. al-Hafiz berkata tentangnya:

صدوق، رُمي بالرفض، وكان أيضا يخطئ

“Shoduuq, tertuduh sebagai seorang Rafidhah, dan banyak salah.” Jarh (celaan) terhadap ‘Abdullah B. ‘Abdil Quddus ini tidak menjadi masalah kerana banyaknya mutaba’ah.

Adapun kemursalan al-A’masy, maka perkara tersebut telah disambung oleh Abu ‘Amru Ad-Daani (40/2) melalui jalan Hammad bin ‘Amru dengan lafaz yang sama. Namun Hammad ini adalah seorang yang matruk (ditinggalkan hadisnya) yang kedudukannya lebih rendah daripada ‘Abdullah B. ‘Abdil Quddus. Sementara itu, riwayat al-A’masy memiliki mutaba’ah terlebih dahulu daripada Laits B. Abi Sulaim yang dikenali dengan kelemahannya sebagaimana diriwayatkan oleh ad-Daani (37/2, 39/1).

Mutaba’ah lain adalah sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Abid Dunya (2/2):

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Isma’il, beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir, dari ‘Abban B. Taghlab, dari ‘Amru bin Murrah, dari ‘Abdirrahman bin Saabith beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ... kemudian dia menyebutkan hadisnya. Hadis tersebut adalah hadis mursal sahih, seluruh perawinya adalah tsiqah yang diguna-pakai oleh Imam Muslim, kecuali Ishaq bin Isma’il. Ia adalah ath-Thalaqany, yang merupakan guru Abu Dawud. Beliau (Abu Dawud) menyebutkan: “Tsiqah”. Begitu pula yang dikatakan oleh ad-Daruquthni dan ‘Utsman bin Khurrazaadz: “Tsiqatun tsiqah” (amat sangat dipercayai).

Mutaba’ah lain adalah daripada Ibnu Abi Syaibah (15/164/19391): Daripada Waki’ bin ‘Abdillah bin ‘Amru bin Murrah, daripada ayahnya (‘Amru bin Murrah), dengan lafaz yang sama.

Masih banyak mutaba’ah yang lain sebagaimana disebutkan oleh Syaikh al-Albani dalam Tahrim Alat ath-Tharb dan Silsilah ash-Shahihah yang membawa hadis ini kepada status sahih.

4 – Daripada Abu Malik al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu,

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن ناس من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رءوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بهم الأرض ويجعل منهم القردة والخنازير

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Benar-benar akan ada orang-orang daripada umatku yang meminum khamr (arak) yang mana mereka menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur dengan muzik dan (alunan suara) artis wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Dia akan mengubah bentuk sebahagian mereka menjadi kera dan babi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Tarikh al-Kabir, 1/305, no. 967. Ibnu Majah, 12/26, no. 4010. Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shohih Sunan Ibnu Majah, Misykah al-Mashobih, ash-Shohihah, dan Tahrim Alat ath-Tharb)

5 - Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam:

إن الله حرّم عليّ - أو حرم - الخمر ، والميسر ، والكوبة ، وكل مسكر حرام

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas diriku (atau telah mengharamkan) khamr (arak), judi, al-kuubah (sejenis alat musik), dan setiap perkara yang memabukkan adalah haram”.

Diriwayatkan oleh Qais bin Habtar an-Nahsyaly daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Daripada Qais ini diriwayatkan dalam dua jalur:

Pertamanya, daripada ‘Ali bin Badziimah (علي بن بذيمة): Telah menceritakan kepadaku Qais bin Habtar an-Nahsyaly daripada Ibnu ‘Abbas. Direkodkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-Baihaqi, Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Abul Hasan ath-Thuusi, dan ath-Thabrani dari jalan Sufyan bin ‘Ali bin Badziimah, beliau berkata: Telah berkata Sufyan: Aku berkata kepada ‘Ali bin Badziimah: “ Apa yang dimaksudkan dengan al-Kuubah?” Beliau menjawab: “Gendang”.

Keduanya, daripada ‘Abdil Karim al-Jazry (عبد الكريم الجزري) daripada Qais bin Habtar dengan lafaz:

إن الله حرّم عليهم الخمر، والميسر، والكوبة - وهو الطبل - وقال: كل مسكر حرام

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada mereka khamr (arak), judi, dan al-kuubah (iaitu gendang).” Dan kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Setiap perkara yang memabukkan adalah haram.”

Direkodkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad dan al-Asyribah, ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabiir, dan al-Baihaqi.

Sanad hadis ini adalah sahih melalui dua jalur Qais. Qais telah diberikan tautsiq oleh Abu Zur’ah dan Ya’qub dalam al-Ma’rifah (3/194), Ibnu Hibban (5/308), an-Nasa’i dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam at-Taqrib serta dan diringkas oleh Imam adz-Dzahabi dalam al-Kaasyif terhadap penyebutan tautsiq an-Nasa’i tersebut (dan ia menyetujuinya). Oleh sebab itu, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkannya sebagaimana komentarnya dalam al-Musnad (Imam Ahmad bin Hanbal) pada dua tempat.

6 - Daripada Nafi’ maula Ibnu ’Umar radhiyallahu ’anhuma:

أن بن عمر سمع صوت زمارة راع فوضع إصبعيه في أذنيه وعدل راحلته عن الطريق وهو يقول يا نافع أتسمع فأقول نعم فيمضي حتى قلت لا فوضع يديه وأعاد راحلته إلى الطريق وقال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وسمع صوت زمارة راع فصنع مثل هذا

Bahawasanya Ibnu ’Umar pernah terdengar suara seruling yang ditiup oleh seorang penggembala. Maka beliau pun meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya (untuk menyumbat/menutup) sambil membelokkan untanya dari jalan tersebut (menghindari suara tersebut).

Ibnu ‘Umar berkata: “Wahai Nafi’, adakah kamu masih mendengarnya?”. Maka aku berkata: “Ya”. Maka beliau terus berlalu sehingga aku berkata:

“Aku tidak mendengarnya lagi”. Maka Ibnu ’Umar pun melepaskan tangannya (dari kedua telinganya) dan kembali ke jalan tersebut sambil berkata: “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam ketika mendengar suara seruling, beliau melakukannya demikian.” (Hadis Riwayat Ahmad, 8/132, no. 4535 dan 9/25, no. 4965. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis hasan, isnadnya hasan. Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud dan al-Ajurri dalam Tahriimun Nard wasy-Syatran wal Malaahi)

Abu ‘Ali al-Lu’lu’i berkata: Aku mendengar Abu Dawud berkata: ini adalah hadis munkar. Namun penilaian Abu Dawud tersebut disanggah oleh Muhammad Syamsul Haq al-‘Adzim ‘Abadi (penyusun syarah Sunan Abi Daud) dengan perkataannya:

هكذا قاله أبو داود ولا يعلم وجه النكارة فإن هذا الحديث رواته كلهم ثقات وليس بمخالف لرواية أوثق الناس

“Begitulah yang dikatakan Abu Dawud. Dan tidak diketahui dari sisi mana kemungkaran hadis ini. Para perawi hadis ini keseluruhannya tsiqah, dan tidak bertentangan dengan riwayat orang yang lebih tsiqah daripadanya.” (Rujuk: ‘Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, 13/182, Kitaab al-Adab)

Hadis ini dishahihkan oleh Syamsul Haq ‘Adhim ‘Abadi dalam ‘Aunul Ma’bud, Imam as-Suyuthi melalui nukilan dalam ‘Aunul Ma’bud, Syaikh al-Albani dalam Shohih Sunan Abi Dawud, dan dihasankan oleh Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakkannya ke atas al-Musnad Imam Ahmad.

Ada sebagian pihak yang menggunakan hadis ini untuk membolehkan mendengar alat musik. Mereka memberi alasan bahawa sekiranya mendengar suara seruling itu haram, maka Ibnu ’Umar tentu tidak akan membiarkan Nafi’ untuk mendengarnya. Apa yang dilakukan oleh Ibnu ’Umar hanya merupakan sebahagian daripada sikap wara’ yang ada dalam dirinya.

Pendalilan mereka tersebut telah pun dijawab oleh para ulama’. Imam as-Suyuthi, sebagaimana disebutkan dan dinukilkan oleh al-‘Adzim ‘Abadi dalam Aunul Ma’bud, beliau berkata:

وهذا لا يدل على إباحة لأن المحظور هو قصد الاستماع لا مجرد إدراك الصوت لأنه لا يدخل تحت تكليف

“Hadis ini tidak menunjukkan sama sekali tentang bolehnya mendengar muzik, kerana perkara yang dilarang adalah dengan tujuan “mendengar (al-istimaa’: mendengar dengan sengaja)”. Bukan pada kedudukan sampainya suara pada telinga kita (terdengar tanpa kehendak - yang adakalanya kita tidak mampu menghindarinya). Perkara tersebut tidak termasuk perkara yang dibebankan kepada manusia (taklif).” (Rujuk: ‘Aunul Ma’bud, 13/182, Kitaab al-Adab)

Sekiranya Ibnu ‘Umar (salah seorang sahabat Rasulullah yang utama) yang terdengar bunyi muzik secara tidak sengaja sahaja telah melakukan tindakan menutup telinga, maka bagaimana pula kepada mereka yang mendengar muzik dan memainkannya dengan sengaja sambil bersuka-ria dengannya?

Perbezaan di Antara Nyanyian (al-Ghina’) Dengan Melagukan (at-Taghanni) al-Qur’an

Hadits-hadits berkaitan saran melagukan dan memperindahkan bacaan al-Qur’an antaranya adalah sebagaimana berikut:

عن بن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لكل شيء حلية وحلية القرآن حسن الصوت

Terjemahan: Daripada Ibnu ‘Abbas, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Segala sesuatu itu memilikin hiasan, dan hiasan al-Qur’an itu adalah dengan suara yang indah.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Awsath, 7/293, no. 7531. Al-Haitsami menyatakan, dalam sanadanya ada Isma’il B. ‘Amru al-Bajali, ianya dhaif, Majmui’ az-Zawa’id, 7/354, no. 11705)

أحسنوا أصواتكم بالقرآن

Terjemahan: Baikilah (baguskanlah) suara kamu dengan al-Qur’an. (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat Majmu’ az-Zawa’id oleh al-Haitsami, 7/353, no. 11702, dan beliau menyatakan: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dengan dua sanad, salah satunya ada ‘Abdullah B. Harras yang ditsiqahkan oleh Ibnu Hibban, kemungkinan beliau (Ibnu Hibban) tersilap, dan ianya didhaifkan (dilemahkan) oleh al-Bukhari dan selainnya, manakala perawi lainnya adalah perawi sahih)

Al-Munawi menyebutkan:

أي رتلوه واجهروا به

Terjemahan: Makna hadits ini adalah: Tartilkanlah dan keraskanlah (perdengarkan) suara ketika membaca al-Qur’an. (Faidhul Qadir, 3/512)

Daripada ‘Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَمْ يَأْذَنْ اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ وَقَالَ صَاحِبٌ لَهُ يُرِيدُ يَجْهَرُ بِهِ

Terjemahan: Allah Subhanahu wa Ta’ala sama sekali tidak mengizinkan sesuatu yang diizinkan kepada Nabi-Nya, iaitu melagukan (memperindahkan suara) ketika membaca al-Qur’an.

Dan bertanya seorang sahabat (kepada Abu Hurairah, beliau menjawab): Maksud mengeraskan (memperdengarkan) suara dengan indah adalah di ketika membaca al-Qur’an. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab: Fadha’il al-Qur’an, 15/433, no. 4635)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ليس منا من لم يتغن بالقران

Terjemahan: “Bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak melagukan (memperindahkan) suara ketika membaca al-Qur’an.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 23/55, no. 6973)

ليس منا من لم يتغن بالقران. فقيل: لابن أبي مليكة: يا أبا محمد! أرأيت إذا لم يكن حسن الصوت؟ قال: يحسنه ما استطاع

Terjemahan: “Bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak melagukan (memperindahkan) suara ketika membaca al-Qur’an.” Maka ditanyakan kepada Abi Mulaikah, “Wahai Abu Muhammad, tahukah engkau, bagaimana sekiranya seseorang itu suaranya tidak bagus?” Beliau menjawab:

“Dia perlu berusaha memperbaiki (membaguskan) suaranya sedaya-upaya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bab: Istihbab at-Tartil fiil Qira’ah (Tuntutan mentartilkan bacaan al-Qur’an), 4/269, no. 1258. Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 2/54, no. 2257. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, 5/34, no. 4514. Al-Haitsami menyatakan: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani, dan para perawinya tsiqah, Majma’ az-Zawa’id, 7/353, no. 11703. Tahqiq al-Albani: Isnadnya hasan sahih, Shohih Sunan Abi Daud, 5/212, no. 1322)

Daripada ‘Abdurrahman B. Saa’ib, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا وَتَغَنَّوْا بِهِ فَمَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِهِ فَلَيْسَ مِنَّا

Terjemahan: Sesungguhnya al-Qur’an diturunkan dengan kesedihan, apabila kamu membacanya, maka berusahalah untuk bersedih, dan indahkanlah suara kamu ketika membacanya, sesiapa yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca al-Qur’an, maka dia bukan daripada kalangan kami. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 4/235, no. 1327. Al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 2/388, no. 2147. Tahqiq al-Albani: Dhaif, Dhaif Sunan Ibnu Majah, 1/99, no. 1327)

Syaikh Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah menyimpulkan (menguatkan) tentang makna at-Taghanni (التغني):

معناه التطريب به و الحداء و تحزين القراءة و ترقيقها، وفق قواعد معلومة لأنه أوقع في النفوس، و أنجع في القلوب، و قد ذهب إلى هذا الشافعي و أصحابه و أكثر العلماء من الطوائف و أصحاب الفنون يحسن صوته به

Maknanya adalah memperindah (melagukannya), menyanyikannya, menghiasi bacaan, dan melembutkannya, bersesuaian dengan kaedah (disiplin bacaan) yang dimaklumi, kerana bahawasanya ia akan lebih meresap ke dalam hati dan lebih mujarab mengubati hati yang sakit. Ini adalah pendapat yang diambil oleh Imam asy-Syafi’i dan para pengikutnya serta kebanyakan daripada ulama’, begitu juga dengan para ahli ilmu lainnya. (Rujuk: Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa' ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Ta’liim al-Qur’ani, m/s. 287)

Syaikh Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah menyebutkan bahawa:

Nada yang boleh digunakan ketika tilawah adalah:

1- الالتزام بضوابط التجويد و أركان الترتيل دون شطط

Menjaga hukum-hukum tajwid dan rukun-rukun tartil tanpa melampaui batasnya.

2- و إبقاء الجو القراني على حاله من التحزين و الخشوع و الإخبات

Mengekalkan keadaan al-Qur’an berdasarkan keadaan tahzin, khusyu’, dan ikhbat.

3- ألايتولد من حروف ليست من القران كزيادة ألف أو تطويل الحركة القصيرة إلى طويلة، و هو ما يعبر عنه العلماء بالتمطيط

Tidak menambah huruf yang bukan daripada al-Qur’an, seperti menambah alif atau memanjangkan harakat yang asalnya perlu dibaca pendek, ini disebut oleh ulama sebagai tamthith (berlebih-lebihan).

4- ألايترتب على ذلك التقصير في أداء حركة طويلة، أو البتر في حرف لين، أو حرف مشدد مثل التقصير في تشديد (ذرية) و نحو ذلك

Tidak memotong-motong (memendekkan) ketika membaca lafaz yang sepatutnya dibaca panjang, atau memotong huruf layn (لين), atau huruf yang bertasydid (تشديد), seperti pengurangan tasydid (bacaan yang perlu sedikit ditekan) pada kalimah Zurriyati (ذرية).. dan selainnya.

5- عدم الغلو في التلحين حتى يظهر أنه الغاية من القراءة لا أنه يعين على تدبر القراءة، فيكون صاحبه مفتونا قلبه و قلب من يسمعه لدرجة أنه لا يسمع القران إلا له، لا لأنه القران

Tanpa berlebih-lebihan dalam lahn (الحن), karena tujuan memperindahkan bacaan al-Qur’an adalah untuk mentadabburinya (memahami, menghayati, mengambil pelajaran). Jika tujuannya adalah selain daripada perkara tersebut, maka hati pembaca dan pendengarnya telah terfitnah, kerana dia sebenarnya bukan ingin mendengar al-Qur’an, tetapi hanya mahu mendengar lagu/bacaan saja.

6- عدم الغلو في طلب اللحن حتى يبحث عن أصوله من غناء اللاهين، و يصبح فنا مستقلا عن المراد منه، يبذل له التكلف، و يخرج به عن طبيعة المرء

Tidak ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mengambil atau menggunakan lagu sehingga mencari asas-asas lagu daripada nyanyian orang-orang yang lalai. Dan menjadi fitnah tersendiri dari maksud asalnya. Menghabiskan segala keperluannya, dan mengeluarkannya dari tabi’at seorang manusia.

Ibnu al-Jazairi menyatakan (tentang melagukan al-Qur’an):

مكملا من غير ما تكلف باللطف في النطق بلا تعسف

Terjemahan: Sebagai pelengkap, tanpa perlu membebani diri, dengan ucapan/nada yang lembut tanpa memaksa-maksa. (Rujuk: Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa' ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Ta’liim al-Qur’ani, m/s. 308-309)

Imam al-Munawi rahimahullah (952H-1031H) menjelaskan:

هذا إذا لم يخرجه التغني عن التجويد ولم يصرفه عن مراعاة النظم في الكلمات والحروف فإن انتهى إلى ذلك عاد الاستحباب كراهة وأما ما أحدثه المتكلفون بمعرفة الأوزان والموسيقى فيأخذون في كلام الله مأخذهم في التشبيب والغزل فإنه من أسوأ البدع فيجب على السامع النكير وعلى التالي التعزير

Terjemahan: Ini adalah apabila melagukan al-Qur’an tidak diambil berdasarkan disiplin al-Qur’an dan meninggalkan kaedah/sistem penghayatan dalam perkataan dan huruf, maka ini mematikan tujuan asalnya dan hukumnya menjadi makruh (dibenci). Apa yang diada-adakan oleh mutakallifun (orang-orang yang tersilap dan berlebih-lebihan dalam hal ini) dengan memperkenalkan beberapa kaedah al-Wazan (timbangan nada atau nota-nota nyanyian) dan muzik, lalu mereka mengambil al-Qur’an (Kalam Allah) dan melagukan dengannya, ini adalah bid’ah yang sangat keji/buruk. Maka, para pendengar wajib menegahnya dan dan para pembaca al-Qur’an perlu menjauhinya. (Rujuk: al-Munawi, Faidhul Qadir, 4/90)

Kesimpulan:

Melagukan al-Qur’an adalah dibenarkan (malah disunnahkan) dengan tujuan memperindahkan bacaan, dan melagukan yang dibenarkan adalah dengan menekuni disiplin-disiplin bacaannya seperti tajwid dan tartil, tanpa berlebih-lebihan serta tidak melagukannya sebagaimana nyanyian yang biasa dilakukan (sebagaimana nada nyanyian orang-orang fasiq) yang diketahui secara umum. Dan yang dimaksudkan dengan memperindahkan bacaan itu sendiri adalah dengan mengikuti/menyempurnakan bacaan al-Qur’an berdasarkan disiplin-disiplinnya. Ditambah pula, al-Qur’an itu dibaca dengan nada kesedihan dan perasaan takutkan Allah.

Dapat difahami bahawa melagukan al-Qur’an adalah dengan mengikuti disiplin-disiplin al-Qur’an itu sendiri. Manakala nyanyian secara umum, ianya adalah bebas dengan mengikuti nota-nota muzik dan nada seni suara berdasarkan genre muzik/nyanyian hasil rekaan masing-masing.

Dari itu, peruntukkanlah suara-suara kita supaya membaca al-Qur’an dan bukan untuk menyanyikan lagu-lagu atau muzik yang merupakan syi’ar orang-orang kafir dan syi’ar kefasikan. Ini adalah sebagaimana hadis yang disebutkan di atas tadi (iaitu):

... mengeraskan (memperdengarkan) suara dengan indah adalah di ketika membaca al-Qur’an. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab: Fadha’il al-Qur’an, 15/433, no. 4635)

Disebutkan daripada perkataan sebahagian ilmuan:

فقد قال بعض العارفين لمريد: أتحفظ القران؟ قال: لا، قال: وا غوثاه يا لمريد لا يحفظ القران فيم يتغنى؟ فيم يترنم؟ فيم يناجي ربه تعالى؟

Sebagian orang yang berilmu berkata kepada muridnya, “Apakah kamu menghafal al-Qur’an?”

Murid menjawab, “Tidak”. Syaikh berkata, “Betapa malangnya wahai orang yang mencari ilmu, tetapi tidak menghafal al-Qur’an. Jadi, kepada apakah dia akan dapat memperindahkan suaranya? Kepada apa dia dapat melagukan suaranya? Dan adakah dia dapat bermunajat kepada Tuhannya?” (asy-Syari’ah al-Islamiyyah, m/s. 318. Dinukil daripada: Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi, Izhab al-Hazan wa Syifa' ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Ta’liim al-Qur’ani, m/s. 290)

Untuk memahami kaedah-kaedah melagukan bacaan al-Qur’an berdasarkan skop dan konsteksnya yang dibenarkan, penulis sangat mencadangkan agar merujuk kepada buku Izhab al-Hazan wa Syifa' ash-Shadr as-Saaqiim al-Manhaj Nabawi fii Ta’liim al-Qur’ani, tulisan/susunan Dr. ‘Abdussalam Muqbil al-Majidi hafizahullah. Buku ini juga telah diterjemahkan dan beredar di pasaran.

Di antara kaedah melagukan al-Qur’an yang dibahaskan oleh penulis buku tersebut adalah persoalan tarji’, tartil, tajwid, lahn, al-ghina’, at-thaganni, syair, tarannum, tazyin, at-tadwir, tahqiq dan hadr, serta yang lainnya yang berkaitan dengan persoalan al-Qur’an bermula dari latar-belakang penurunannya, sejarahnya, hukum-hakamnya, huruf-hurufnya, dan qira’atnya, malah lebih luas lagi cakupan perbahasan buku ini sebenarnya.

Perkataan Para Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Tentang Nyanyian (al-Ghina’) dan Muzik

1 - Sahabat Nabi, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

Sebagaimana disebutkan oleh Ibrahim an-Nakha’i rahimahullah (Tabi’in yang tsiqah):

الغناء ينبت النفاق في القلب

Terjemahan: Nyanyian (al-Ghina’) itu menumbuhkan kemunafikan di dalam hati. (Atsar Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 10/223, no. 20795. Syu’abul Iman, 4/279, no. 5100. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/310, no. 21545. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Sila lihat perincian Syaikh al-Albani di dalam Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 145)

2 – Sahabat Nabi, ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu berkata:

لَقَدِ اخْتَبَأْتُ عِنْدَ رَبِّي عَشْرًا، إِنِّي لَرَابِعُ أَرْبَعَةٍ فِي الإِسْلامِ، وَمَا تَعَنَّيْتُ وَلا تَمَنَّيْتُ

“Sesungguhnya aku telah bersumbunyi dari Rab-ku selama sepuluh tahun. Dan aku adalah orang keempat dari empat orang yang terawal masuk Islam. Aku tidak pernah bernyanyi dan berangan-angan...” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, 1/85, no. 124)

3 – Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:

ومر ابن عمر رضي الله عنه بقوم محرمين وفيهم رجل يتغنى قال ألا لا سمع الله لكم

“Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu pernah lalu kepada suatu kaum yang sedang melakukan ihram di mana bersama mereka ada seorang lelaki yang sedang bernyanyi. Maka Ibnu ’Umar berkata kepada mereka: “Ketahuilah, semoga Allah tidak mendengar doa kamu.” (Diriwayatkan oleh Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 209)

4 – Sahabat Nabi, ’Abdullah B. ’Abbas radhiyallahu ’anhu, beliau berkata:

الدف حرام، والمعازف حرام، والكوبة حرام، والمزمار حرام

“Duff itu haram, alat musik (ma’aazif) itu haram, al-kuubah itu haram, dan seruling itu haram.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 10/222, no. 20789. Isnadnya sahih sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 92)

5 – Khalifah ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz rahimahullah (salah seorang Tabi’in, dan merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan kebaikan pada zamannya):

Imam al-Auza’i rahimahullah berkata:

كتب مع عمر بن عبد العزيز إلى ( عمر بن الوليد ) كتابا فيه "....و إظهارك المعازف والمزمار بدعة في الإسلام ، ولقد هممت أن أبعث إليك من يَجُزُّ جُمَّتك جمَّة سوء".

‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz (Khalifah ‘Umar B. ‘Abdil ‘Aziz) pernah menulis surat kepada ‘Umar bin al-Waliid yang di di antara isi kandungannya adalah:

“…. Perbuatanmu yang memperkenalkan alat musik merupakan suatu bentuk kebid’ahan dalam Islam. Dan benar-benar aku telah berniat untuk mengutus seseorang kepadamu untuk memotong rambut kepalamu dengan cara yang kasar.” (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Sunan al-Kubra, 3/45, no. 4437. Abu Nu’aim, al-Hilyah, 5/270 dengan sanad yang sahih. Disebutkan juga oleh Ibnu ‘Abdil Hakam dalam Siratu ‘Umar, 154-157 dengan panjang lebar. Juga oleh Abu Nu’aim, 5/309 dari jalan yang lain dengan ringkas. Lihat: al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 119)

Selain itu, ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz juga turut memerintahkan kepada orang yang mendidik anak-anaknya supaya mengajar untuk membenci alat-alat muzik:

ليكن أول ما يعتقدون من أدبك بعض الملاهي التي بدؤها من الشيطان وعاقبتها سخط الرحمن فإنه بلغني عن الثقات من أهل العلم : أن حضور المعازف واستماع الأغاني واللهج بها ينبت النفاق في القلب كما ينبت العشب الماء ولعمري لتوقي ذلك بترك حضور تلك المواطن أيسر على ذي الذهن من الثبوت على النفاق في قلبه

“Hendaklah di antara yang terawal mereka fahami dari pelajaranmu adalah membenci alat-alat muzik yang awal datangnya daripada Syaitan, dan akhirnya mengundang kemurkaan Allah yang maha pemurah. Kerana aku pernah mendengar sebahagian orang yang dipercayai dari kalangan ulama’ bahawa menyaksikan persembahan muzik dan mendengar nyanyian, serta menyanyikannya dapat menimbulkan kemunafikan dalam hati, sebagaimana air menumbuhkan rumput-rumput. Demi Allah, menghindari perkara tersebut dengan menjauhi tempat-tempat tersebut lebih mudah bagi orang yang berakal daripada menanamkan kemunafikan dalam hatinya.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 209. Syaikh al-Albani berkata di dalam Tahrim Alat ath-Tharb: Diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dalam Dzamm al-Malahi, 6/1. Melalui jalan yang sama oleh Abu al-Faraj Ibnul Jauzi, m/s. 250)

6 – Tabi’in, Sa’id B. Musayyib rahimahullah dengan katanya:

إني لأبغض الغناء وأحب الرجز

Sesungguhnya aku benar-benar membenci nyanyian (al-ghina’) dan menyukai rojaz (sejenis syair). (Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq, al-Mushannaf, 11/6, no. 19743. 11/266, no. 20506. Syarhus Sunnah al-Baghowi, 6/253. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 101)

7 – Imam Mazhab, Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:

أخبرنا هبة الله بن أحمد الحريري عن أبي الطيب الطبري قال كان أبو حنيفة يكره الغناء مع إباحته شرب النبيذ ويجعل سماع الغناء من الذنوب قال وكذلك مذهب سائر أهل الكوفة إبراهيم والشعبي وحماد وسفيان الثوري وغيرهم لا أختلاف بينهم في ذلك قال ولا يعرف بين أهل البصرة خلاف في كراهة ذلك والمنع منه

“Telah mengkhabarkan kepada kami Hibatullah bin Ahmad al-Hariry, daripada Abu ath-Thayyib ath-Thobary, beliau berkata:

“Adalah Abu Hanifah membenci nyanyian dan membenarkan minuman wine (Nabiz/anggur). Beliau menyatakan bahawa mendengar lagu sebagai suatu yang berdosa. Dan begitulah mazhab seluruh penduduk Kuffah seperti Ibrahim (an-Nakha’i), asy-Sya’bi, Hammad, Sufyan ats-Tsauri, dan selainnya. Tidak ada perbezaan di antara mereka mengenai perkara tersebut. Dan tidak diketahui pula perbezaan pendapat terhadap perkara yang sama di kalangan penduduk Bashrah dalam soal kebencian dan larangan mengenai perkara tersebut.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 205)

8 – Imam Mazhab, Malik bin Anas rahimahullah:

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan:

فروى أبو بكر الخلال في " الأمر بالمعروف " ( ص 32 ) وابن الجوزي في " تلبيس إبليس " ( ص 244 ) بالسند الصحيح عن إسحاق بن عيسى الطباع - ثقة من رجال مسلم - قال: سألت مالك بن أنس عما يترخص فيه أهل المدينة من الغناء ؟ فقال : إنما يفعله عندنا الفساق

ثم روى الخلال بسنده الصحيح أيضا عن إبراهيم بن المنذر - مدني ثقة من شيوخ البخاري - وسئل فقيل له : أنتم ترخصون [ في ] الغناء ؟ فقال: معاذ الله ما يفعل هذا عندنا إلا الفساق

Abu Bakr al-Khallal meriwayatkan dalam al-Amru bi al-Ma’azif, m/s. 32, begitu juga dengan Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis, m/s. 244 dengan sanad yang sahih daripada Ishaq B. ‘Iyas ath-Thobba’ (seorang yang dipercayai daripada perawi imam Muslim) bahawa beliau menyatakan:

“Aku pernah bertanya kepada Malik bin Anas berkenaan nyanyian yang dibenarkan oleh Ahlul Madinah (penduduk Madinah)?”. Maka beliau menjawab: “Bahawasanya perkara tersebut bagi kami hanya dilakukan oleh orang-orang yang fasiq.” (Demikian perkataan Imam Malik)

Al-Khallal juga meriwayatkan dnegan sanad yang sahih daripada Ibrahim Ibnul Mundzir (penduduk Madinah yang terpercaya, salah seorang guru Imam al-Bukhari), bahawasanya beliau pernah ditanya, “Adakah kamu mengizinkan nyanyian?” Beliau menjawab:

“Kami berlindung kepada Allah! Yang melakukan perkara tersebut dari kalangan kami hanyalah orang-orang yang fasiq.” (Rujuk: al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 99-100)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan:

أما مالك بن أنس فإنه نهى عن الغناء وعن استماعه

“Adapun Malik B. Anas (rahimahullah), bahawasanya beliau melarang menyanyi dan mendengarnya.” Kemudian beliau menyatakan:

وهو مذهب سائر أهل المدينة

Itu adalah mazhab seluruh penduduk Madinah. (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 14/55)

Adapun perkataan Ibnu ath-Thohir al-Qaisaraani bahawa adanya ijma’ penduduk Madinah yang menyatakan bolehnya muzik, ianya adalah tertolak (mardud). Telah dinukil daripada Imam al-Auza’i bahawa beliau menganggap perkataan yang membolehkan muzik yang berasal dari penduduk Madinah, ia adalah merupakan ketergelinciran ulama (kaum sufi) yang wajib ditinggalkan dan dilarang dari mengikutinya.

Syaikh ath-Thawaari hafizahullah mengulas tentang wujudnya kelompok yang membolehkan muzik di Madinah pada zaman Imam Malik dengan katanya:

وقد صادفت هذه الفتوى هوى فساق أهل المدينة فاستحسنوها وغدت سمة من سماتهم، وهو مخالف قول فقهاء المدينة بلا شك

“Fatwa ini bersesuaian dengan hawa nafsu orang-orang fasiz di Madinah. Mereka menganggapnya baik sehingga terjadilah ia sebagai salah satu sifat (karektor) mereka. Dan ia jelas bertentangan dengan pendapat fuqaha’ Madinah.” Oleh kerana itulah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

يكن إباحة الغناء من قول فقهاء المدينة وعلمائها، وإنما كان يضع ذلك فساقهم
“Pendapat yang membolehkan muzik bukanlah pendapat fuqaha’ Madinah dan para ulamanya, tetapi itu hanyalah perkara yang diada-adakan oleh orang-orang fasiq di sana.” (Rujuk: Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 14-15)

9 – Imam Mazhab, Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H):

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:

قال الشافعي الغناء لهو مكروه يشبه الباطل ومن استكثر منه فهو سفيه شهادته قال وكان الشافعي يكره التعبير

Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Nyanyian adalah perkataan yang dibenci dan menyerupai kebathilan. Sesiapa yang suka (selalu) menyanyikan lagu, maka dia adalah orang yang bodoh dan kesaksiannya tidak boleh diterima pakai, dan asy-Syafi’i sangat membenci at-Taghbir (nyanyian orang sufi yang mengajak kepada zuhud sambil memukul-mukul sejenis alat daripada kayu).

قال الطبري : فقد أجمع علماء الأمصار على كراهية الغناء والمنع منه وإنما فارق الجماعة إبراهيم بن سعد وعبيد الله العنبري

Ath-Thobari berkata: Para ulama dari pelbagai wilayah telah sepakat tentang dibencinya nyanyian dan larangannya. Hanya Ibrahim B. Sa’ad dan ‘Ubaidillah al-Anbari yang keluar dari kesepakatan ini...

وقد كان رؤساء أصحاب الشافعي رضي الله عنهم ينكرون السماع وأما قدماؤهم فلا يعرف بينهم خلاف وأما أكابر المتأخرين فعلى الإنكار منهم أبو الطيب الطبري وله في ذم الغناء والمنع منه كتاب مصنف

فهذا قول علماء الشافعية وأهل التدين منهم وإنما رخص في ذلك من متأخريهم من قل علمه وغلبه هواه وقال الفقهاء من أصحابنا لا تقبل شهادة المغني والرقاص والله الموفق

Para tokoh dari kalangan sahabat (pengikut) asy-Syafi’i rahimahullah tidak menyukai nyanyian malah melarangnya, tiada perbezaan di antara yang terdahulu ataupun yang terkemudian. Manakala ulama besar muta’akhirin juga turut tidak mengingkari nyanyian. Di antaranya adalah Abu Thoyyib ath-Thobari, beliau memiliki buku berkenaan larangan dan haramnya nyanyian (al-ghina’).

Ini adalah pendapat para ulama Syafi’iyah dan kalangan ahli ibadah di antara mereka. Dan yang memberi keringanan hukum berkenaan dengan alat-alat muzik hanyalah kalangan ulama terkemudian di antara mereka yang sedikit ilmunya dan lebih terpengaruh dengan hawa nafsunya. Berkata para fuqaha (ahli fiqh) dari para sahabat kami: “Sumpah seseorang penyanyi dan penari tidak boleh diterima pakai.” Hanya kepada Allah kita memohon taufiq. (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 205-206)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن

Aku temui di ‘Iraq (ketika beliau hendak meninggalkan ‘Iraq – pen.), sesuatu yang disebut sebagai at-Taghbir (sejenis seni muzik dan nyanyian), yang direka oleh orang-orang zindiq yang menjauhkan umat Islam daripada al-Qur’an. (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 205. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 11/569)

At-Taghbir ialah syair-syair yang mengandungi galakkan bersifat zuhud terhadap dunia (menjauhi dunia dan mencintai agama) yang dinyanyikan oleh para penyanyi manakala sebahagian yang hadir bertindak memukul alat seperti kayu pada besi (sebagai alat muzik) atau batu dengan mengikuti irama lagunya. (Rujuk: Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 15)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan setelah menyebutkan perkataan Imam asy-Syafi’i tersebut, dengan katanya:

وما ذكره الشافعي - رضي الله عنه - من أنه من إحداث الزنادقة - [ فهو ] كلام إمام خبير بأصول الإسلام فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة كابن الراوندي والفارابي وابن سينا وأمثالهم كما ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع " عن ابن الراوندي

Apa yang disebutkan oleh asy-Syafi’i rahimahullah bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq yang berasal daripada seorang imam yang ahli dalam ilmu ushul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang memperomosikan dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq, seperti Ibnu Rawandi, al-Farabi, Ibnu Sina, dan yang seumpama mereka, sebagaimana yang disebutkan oleh ‘Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi. (Majmu’ al-Fatawa, 11/570)

Dalam Kitabnya, al-Umm, Imam asy-Syafi’i rahimahullah menegaskan bahawa:

الرجل يغني فيتخذ الغناء صناعة يأتي عليه ويأتي له، ويكون منسوبا إليه مشهورا به معروفا والمرأة لاتجوز شهادة واحدة منهما، وذلك أنه من اللهو المكروه، الذي يشبه، وأن من صنع هذا كان منسوبا إلى السفة وسقاطه المروءة

Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi, sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya). (asy-Syafi’i, al-Umm, 6/209)

10 – Imam Mazhab, Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H):

‘Abdullah B. Ahmad B. Hanbal berkata: “Aku pernah mendengar ayahku (Ahmad bin Hanbal) mengulas tentang seorang lelaki yang kebetulan melihat (beberapa alat muzik seperti) thanbur (gitar/rebab), ’uud, thabl (gendang), atau yang serupa dengannya, maka apa yang harus beliau lakukan dengannya? Beliau berkata:

اذا كان مغطى فلا وان كان مكشوفا كسره

“Apabila alat-alat tersebut disembunyikan, maka jangan (engkau rosakkan). Tetapi apabila alat-alat tersebut ditunjukkan, maka hendaknya dirosakkan.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 133)

‘Abdullah B. Ahmad B. Hanbal pernah bertanya kepada ayahnya (Imam Ahmad) tentang nyanyian. Maka beliau menjawab:

يثبت النفاق في القلب لا يعجبني

“Menetapkan kemunafikan di dalam hati dan tidak disukai... (Diriwayatkan oleh ‘Abdullah B. Ahmad, Masaa’il Ahmad B. Hanbal, 1/316, no. 1175)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan bahawa:

ونص رحمه الله على كسر آلات اللهو كالطنبور وغيره، إذا رآها مكشوفة، وأمكنه كسرها

“(Imam Ahmad rahimahullah) telah menegaskan bolehnya untuk merosakkan alat-alat muzik seperti gendang dan seumpamanya apabila alat-alat muzik tersebut dipersembahkan secara terbuka dan ada kemampuan untuk melakukannya.” (Ibnul Qayyim, m/s. 230)

Secara umumnya, pendapat keempat-empat imam mazhab dalam persoalan ini (alat-alat muzik) telah pun disebutkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H, sebagaimana berikut:

فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ : أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ
Terjemahan: Berdasarkan Imam ke-empat-empat mazhab bahawasanya keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit (ditetapkan) di dalam Shohih al-Bukhari dan selainnya. (Majmu’ al-Fatawa, 11/576)

11 – Syuraih al-Qadhi rahimahullah:

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan:

قال أبو حصين: أن رجلا كسر طنبور رجل فخاصمه شريح فلم يضمنه شيئا
أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف ( 7 / 312 / 3275 ) وإسناده صحيح والبيهقي ( 6 / 101 ) والخلال ( 26 ) وقال عقبه: قال حنبل : سمعت أبا عبد الله يقول : هو منكر لم يقض فيه بشيء وأبو عبد الله هو الإمام أحمد وروى عنه نحوه أبو داود في " مسائله ( ص 279 )

Abu Hushain menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memecahkan mandolin kepunyaan seseorang. Orang tersebut pun mengadukan persoalan tersebut kepada Syuraih, tetapi Syuraih tidak memutuskan adanya jaminan ganti rugi kepadanya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf, 7/312, no. 2375, sanadnya sahih. Al-Baihaqi, 6/101, dan al-Khallal, m/s. 26, di amna setelah itu beliau menyatakan: Hanbal pernah menceritakan, Aku pernah mendengar Abu ‘Abdillah menyatakan, “Itu adalah perbuatan mungkar, sehingga beliau tidak memberikan sebarang keputusan pengadilan.”

Abu ‘Abdillah tersebut adalah Imam Ahmad. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud dalam al-Masa’il, m/s. 279.

12 – Imam asy-Sya’bi (‘Amir B. Syarahil) rahimahullah:

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan:

روى عنه إسماعيل بن أبي خالد أنه كره أجر المغنية وقال :
ما أحب أن آكله
أخرجه ابن أبي شيبة ( 7 / 9 / 2203 ) بسند صحيح

Diriwayatkan oleh Isma’il B. Abi Kholid, bahawa beliau membenci hasil pendapatan (gaji) para penyanyi. Beliau mengatakan:

“Aku tidak mahu mengambilnya.” Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, 7/9, no. 2203 dengan sanad yang sahih.

13 – Imam Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah:

Abu ‘Umar bin Abdil Barr (Ibnu Abdil Barr) rahimahullah menjelaskan:

من المكاسب المجتمع على تحريمها الربا ومهور البغاء والسحت والرشاوي وأخذ الأجرة على النياحة والغناء وعلى الكهانة وادعاء الغيب وأخبار السماء وعلى الرمز واللعب والباطل كله

“Termasuk usaha-usaha yang haram ialah riba, hasil pelacuran, makanan haram, rasuah, upah ratapan, nyanyian, hasil perdukunan, peramal bintang, serta permainan yang bathil.” (Ibnu ‘abdil Barr, al-Kaafi fil Fiqh Ahli al-Madinah al-Maliki, 1/444. al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an (Tafsir al-Qurthubi), 7/3)

14 – Imam Ibnush-Sholah rahimahullah:

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan:

Ibnush-Sholaah rahimahullah berkata dalam Fataawaa-nya ketika ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan tepuk tangan, serta mereka yang menganggapnya sebagai perkara yang halal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah,

Maka, beliau rahimahullah pun menjawab:

لقد كذبوا على الله سبحانه وتعالى ، وشايعوا بقولهم هذا باطنية الملحدين، وخالفوا إجماع المسلمين، ومن خالف إجماعهم، فعليه ما في قوله تعالى: ومن يشاقق الرسول من بعد ما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى ونصله جهنم وساءت مصيرا

“Benar-benar mereka telah berdusta atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka mengikuti orang-orang bathiniyyah mulhid (atheis) dengan perkataan mereka. Mereka juga telah menyelisihi ijma’ kaum muslimin. Sesiapa yang menyelisihi ijma’ mereka, maka baginya adalah seperti yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala:

“Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia hanyut dalam kesesatan yang telah dilakukannya dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-Nisaa’, 4: 115). (Rujuk: Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 170)

15 – Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (muhaqqiq mazhab Hanbali):

Beliau menyatakan:

فِي الْمَلَاهِي: وَهِيَ عَلَى ثَلَاثَةِ أَضْرُبٍ ؛ مُحَرَّمٌ ، وَهُوَ ضَرْبُ الْأَوْتَارِ وَالنَّايَاتُ ، وَالْمَزَامِيرُ كُلُّهَا ، وَالْعُودُ ، وَالطُّنْبُورُ ، وَالْمِعْزَفَةُ ، وَالرَّبَابُ ، وَنَحْوُهَا ، فَمَنْ أَدَامَ اسْتِمَاعَهَا ، رُدَّتْ شَهَادَتُهُ

Alat-alat muzik ada tiga jenis (pada zamannya – pen.), pertamanya: yang diharamkan, iaitu memetik gitar atau kecapi, seluruh alat yang ditiup, gendang, drum, rebab, dan yang sama jenis dengannya. Sesiapa yang terus-menerus mendengarnya, maka persaksiannya ditolak (tidak boleh diterima). (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 23/182)


16 – Imam ath-Thurthusi rahimahullah:

Beliau pernah diajukan pertanyaan berkenaan keadaan orang-orang yang membaca sebahagian ayat al-Qur’an (dari kelompok sufi), kemudian dikumandangkan kepada mereka rangkap-rangkap syair, maka mereka pun menari dan berdendang, memukul rebana dan rebab... adakah dibolehkan untuk turut bersama-sama mereka.

Beliau pun menjawab:

مذهب الصوفية هذا بطالة وجهالة وضلالة وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه و سلم وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار فأتوا يرقصون حوله ويتواجدون وهو - أي: الرقص - دين الكفار وعباد العجل وإنما كان مجلس النبي صلى الله عليه و سلم وأصحابه كأنما على رءوسهم الطير من الوقار فينبغي للسلطان ونوابه أن يمنعهم من الحضور في المساجد وغيرها ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم ولا يعينهم على باطل هذا مذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد وغيرهم من أئمة المسلمين

Mazhab sufi adalah mazhab yang bathil dan sesat. Islam hanyalah kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Adapun menari dan mengolah perasaan adalah perkara pertama yang direka-reka oleh sahabat-sahabat Samiri ketika Samiri membina untuk mereka sebuah patung anak lembu yang berbentuk jasad (lembu) yang mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya dan saling berdendang dengannya riang gembira. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu. Majlis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau adalah majlis ketika kepala-kepala mereka seolah-olah dihinggapi burung (tekun/khusyu’) kerana kekhusyukkan mereka. Maka, sepatutnya bagi para penguasa dan wakil-wakilnya supaya melarang orang-orang seperti ini agar tidak melakukannya atau hadir di masjid dan seumpamanya. Tidak dihalalkan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat untuk turut serta bersama mereka, juga tidak boleh untuk menolong mereka dalam kebathilan. Inilah mazhab Malik, asy-Syafi’i, Abu Hanifah, dan Ahmad serta kaum muslimin lainnya. (Rujuk: al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an (Tafsir al-Qurthubi), 11/238. Muhammad al-Amiin asy-Syanqithi, Adhwa’ul Bayan, 4/88. Al-Albani, Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 168)

17 – Ibnu Hajar al-Haitsami rahimahullah:

Syaikh Ahmad B. Hussein al-Azhari menyebutkan:

ومن حكى فيها خلافاً فقد غلط أو غلب عليه هواه حتى أصمَّه وأعماه

Ibnu Hajar al-Haitsami rahimahullah menukil ijma’ berkaitan haramnya alat-alat muzik, beliau berkata: “Sesiapa yang menukil adanya perselisihan (khilaf) dalam persoalan ini, maka dia telah keliru atau telah dikuasai hawa nafsunya sehingga menjadikannya tuli dan buta.” (Kaffur Ri’aa, m/s. 124. Lihat: Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 18)


18 – Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Beliau berkata:

فمن فعل هـذه الملاهـي على وجه الديانة والتقرب فلا ريب في ضلالته وجهالته

“Maka sesiapa yang memainkan alat-alat muzik tersebut yang padanya disertai keyakinan melaksanakan agama dan bertaqarrub kepada Allah, maka tidak diragukan lagi kesesatan dan kebodohannya.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/576)

Perkara ini banyak dapat dilihat di sekeliling kita di mana mereka menggunakan muzik atau nyanyian atas nama nasyid Islami dengan alasan dan tujuan pentas dakwah mengajak kepada agama.

Sebelumnya, beliau juga menyebutkan bahawa:

المعازف هِيَ خمر النفوس، تفعل بالنفوس أعظم مما تفعل حميا الكؤوس

Alat muzik adalah khamar (pengkhayal/candu) bagi jiwa. Ia mampu mempengaruhi jiwa (mengkhayalkan jiwa) dengan lebih berkesan berbanding gelas-gelas minuman keras. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 10/417)

Di halaman yang lain beliau menjelaskan:

ولهذا يوجد من اعتاده واغتذى به لا يحن على سماع القرآن، ولا يفرح به، ولا يجد في سماع الآيات كما يجد في سماع الأبيات، بل إذا سمعوا القرآن سمعوه بقلوب لاهية وألسن لاغية، وإذا سمعوا المكاء والتصدية خشعت الأصوات وسكنت الحركات وأصغت القلوب

Oleh kerana itu, dapat kita lihat bahawa orang-orang yang biasa mendengarnya dan merasa kenyang dengannya, tidak tertarik untuk mendengar al-Qur’an dan tidak gembira dengannya. Ia tidak merasa terkesan ketika mendengar ayat-ayat al-Qur’am sebagaimana ia rasakan ketika mendengar rangka-rangkap lagu. Malah apabila mereka mendengar al-Qur’an, mereka mendengarnya dengan hati yang lalai (sambil lewa) dan lisan yang kosong (gurauan). Tetapi, apabila mereka mendengar tepukan dan tiupan muzik, maka bingitlah seluruh suara, berhentilah seluruh pergerakkan dan tunduklah seluruh jiwa. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 11/568)

19 – Syaikh Dr. Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah:

Beliau berkata:

والذي نقول هنا: إن الذكر، والدعاء بالغناء، والتلحين، والتطريب، وإنشاد الأشعار، والأت اللهو، والتصفيق، والتمايل، كل ذلك بدع شنيعة، وأعمال قبيحة، هي من أقبح أنواع الإبتداء في الذكر والدعاء، فواجب على كل فاعل لها، أو لشيء منها، الإقلاء عنه، وأن لا يجعل نفسه مطية لهواه وشيطانه، وواجب على من رأى شيئاًَ من ذلك إنكاره، وواجب على من بسط الله يده علي المسلمين، منعه، وتأدبوهّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّ فاعله، وردعه، وتبصير لدينه

Dan kami menegaskan di sini:

“Bahawasanya zikir dan doa dengan cara nyanyian, dengan lirik yang disertai pukulan alat musik, melantunkan syair, tepuk tangan - semua itu adalah perbuatan bid’ah, sangat menjijikkan dan perbuatan yang buruk. Lebih buruk daripada melanggar batas-batas dalam berzikir dan berdoa. Siapa sahaja yang melakukan perkara tersebut atau sebahagian daripadanya wajib untuk segera melepaskan diri darinya, tidak menjadikan dirinya tunduk kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Siapa sahaja yang melihat sebahagian daripada perkara tersebut wajib mengingkarinya. Sesiapa sahaja di antara kaum muslimin yang memiliki keupayaan wajib mencegahnya, mencela pelakunya, memberi pencerahan kepadanya, dan menjelaskan kedudukan keadaan tersebut menurut kaca mata agamanya.” (Rujuk: ‘Ishom B. ‘Abdil Mun’im al-Marri, al-Qaul al-Mufid fii Hukmul an-Nasyid Ma’a Fatawa lil ‘Ulama al-‘Ashr, m/s. 65: saaid.net)

Adapun berkenaan apa yang disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qadhawi bahawa terdapat riwayat yang tsabit yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in mendengar muzik serta membenarkan untuk mendengarnya, maka sebenarnya perkara tersebut adalah sangat diragui dan tidak dapat diterima sama sekali.

Malah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah melakukan sesuatu yang aneh dan tidak amanah. Kerana apabila hadis al-Bukhari di dalam Shohih al-Bukhari yang jelas sahih, beliau telah berusaha sedaya-upaya mendhaifkan dan menafikan keabsahannya dengan pelbagai cara. Tetapi, apabila beliau membawakan riwayat-riwayat yang disandarkan kepada para sahabat berkenaan nyanyian (yang menyokong kehendak beliau), beliau tidak pula melakukannya sebagaimana beliau telah lakukan ke atas hadis riwayat al-Bukhari tadinya. Beliau hanya menukilkan begitu sahaja tanpa penjelasan yang ilmiyah akan darjatnya sama sekali.

Syaikh Ahmad al-Azhari membantah tindakan Dr. Yusuf al-Qaradhawi tersebut dengan perkataannya:

إن من يرون إباحة الغناء مطلقاً من السابقين أمثال ابن حزمٍ أو من المعاصرين مثل الدكتور يوسف القرضاوي قد استدلوا بآثار موقوفة عن جمع من الصحابة (في زعمهم) أباحوا الغناء. وهذا تناقض غريب أن يبحث وينقب المحللون للغناء خلف البخاري ثم يطعنوا في حديثه ويروا اضطرابه سنداً ومتناً ولا نجد مثل هذا الجهد في تخريج الأثار التي استدلوا بها عن جمع من الصحابة أنهم أباحوا الغناء. والأحرى أن يفعلوا هذا مع من هو دون البخاري في العلم! وأناشد الدكتور يوسف القرضاوي أن يخرج إسناد تلك المرويات المذكورة في فتواه مع بيان صحتها. واذكر بما أخرجه مسلم عن عبد الله بن المبارك أنه قال: إن الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

“Sesungguhnya orang-orang yang membolehkan muzik secara mutlak daripada kalangan ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm atau daripada kalangan orang-orang masa kini seperti al-Qaradhawi, mereka berdalil dengan beberapa atsar mauquf daripada sebilangan sahabat (berdasarkan dakwaan mereka) bagi membolehkan muzik. Ini merupakan hasil sikap kontroversi yang sangat aneh. Orang-orang yang menghalalkan muzik tersebut mencari-cari jalan untuk menolak hadis al-Bukhari, menghukumi sanad dan matannya sebagai mutdhthorib, kemudian mereka tidak pula melakukan perkara yang sama ketika mentakhrij atsar0atsar yang mereka jadikan dalil daripada sebilangan sahabat bahawa mereka membenarkan muzik. Sepatutnya mereka melakukan perkara yang sama terhadap perawi-perawi yang ilmunya di bawah al-Bukhari. Aku meminta supaya Dr. Yusuf al-Qaradhawi mentakhrij sekurang-kurangnya satu sanad sahaja dari riwayat-riwayat tersebut dalam fatwanya dengan disertakan penjelasan kesahihannya! Aku memberi peringatan kepada beliau dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada ‘Abdullah Ibnul Mubarak bahawa beliau menyatakan: “Sanad itu termasuk daripada agama, sekiranya tiada sanad, nescaya setiap orang bebas untuk berkata apa sahaja.” (Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 34)

Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah ketika membuat semakkan ke atas kitab al-Qaradhawi, al-Halal wal Haram, beliau mengatakan:

هذا دعوى منه ونحن نطالبه بإبراز الأسانيد الصحيحة إلى هؤلاء الصحابة والتابعين بإثبات ما نسبه إليهم

“Ini adalah dakwaan daripada al-Qaradhawi dan kami memintanya supaya menyebutkan sanad-sanad yang sahih sampai kepada para sahabat dan tabi’in tersebut, dengan menetapkan kesahihan terhadap apa yang beliau sandarkan kepada mereka.” (Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan, al-I’lam bi Naqdi Kitab al-Halal wal Haram,

Dengan ini jelaslah bahawa:

1 – Nyanyian (al-ghina’) itu secara umumnya adalah sangat dibenci (sekurang-kurangnya), dan muzik (al-Ma’azif) itu adalah haram. Melainkan sekiranya dilakukan oleh kanak-kanak wanita (bukan selainnya seperti lelaki atau orang dewasa) di ketika majlis pernikahan dan hari raya (bukan waktu selainnya), manakala alat muzik yang dibenarkan untuk itu hanyalah duff/rebana (tidak lebih dari itu).

2 – Para ulama Ahlus Sunnah generasi awal dari kalangan sahabat, tabi’in, dan ulama yang mengikuti mereka dengan baik sangat membenci muzik dan nyanyian.

3 – Adapun syair, ianya dibenarkan selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur yang dilarang agama dan kita tidak disibukkan serta diasyikkan dengannya.

Wallahu a’lam bishowab...

0 komentar:

Posting Komentar

Website Syababul Huda Mahabbah Qolbu 2011